CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8843|Reply: 1

[Sabah] D9 JSJ tahan buruh kasar terbabit kes pecah masuk stesen minyak, kedai elektrik

  [Copy link]
Post time 15-3-2024 05:52 AM | Show all posts |Read mode


TAHAN: Suspek ditahan di hadapan stesen minyak di Jalan Tugu, Kampung Air, di sini.

KOTA KINABALU: Kegiatan seorang buruh kasar memecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik membawa padah selepas ditahan dalam satu serbuan di hadapan stesen minyak di Jalan Tugu, Kampung Air, di sini kira-kira jam 3.30 petang Rabu.

Ketua JSJ Kontinjen Sabah, Senior Asisten Komisioner, Azmi Abd Rahim berkata, dengan penahanan suspek berumur 28 tahun itu pihaknya berjaya menyelesaikan dua kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik yang berlaku sekitar sini baru-baru ini.

Katanya, suspek lelaki itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

“Laporan pertama diterima daripada sebuah stesen minyak di Batu 1, Jalan Tuaran, di sini yang dipecah masuk oleh individu tidak dikenali.

“Suspek melarikan barang-barang dalam premis berkenaan termasuk peti keselamatan, telefon bimbit, rokok dan wang tunai.

"Hasil siasatan, pasukan serbuan D9 berjaya mengesan suspek dan menahannya kerana dipercayai terbabit dalam jenayah pecah rumah berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku terbabit dalam kes pecah masuk stesen minyak di Jalan Tuaran.

"Barang-barang yang dicuri sudah dijual kepada beberapa individu, manakala pihak polis berjaya merampas beberapa barangan dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk jenayah pecah rumah.

"Siasatan lanjut mendapati suspek turut mengaku terbabit dalam kes pecah masuk kedai elektrik di Tenom.

"Pasukan serbuan kemudian menahan dan membawa suspek ke balai polis untuk tindakan dan siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan kemungkinan suspek turut terbabit dalam kes jenayah lain di negeri ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2024 04:34 PM | Show all posts
Tahniah diucapkan kepada PDRM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.061820 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list