CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8751|Reply: 1

[Sabah] Bulan Ramadan medium eratkan silaturahim

  [Copy link]
Post time 15-3-2024 05:51 AM | Show all posts |Read mode


KURMA: (Gambar atas) Mantan Timbalan Presiden MPT Tony Koh menyampaikan kurma kepada warga MPT dan berdoa semua sihat walafiat sepanjang Ramadan. (Gambar bawah) Mantan Timbalan Presiden MPT Tony Koh menyampai sumbangan ikhlas kepada Puspanita MPT untuk bubur yang akan diagih kepada warga MPT nanti.

TAWAU: Bulan Ramadan mampu menjadi medium untuk mengeratkan silaturahim di samping dapat mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Mantan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Tony Koh berkata, bulan Ramadan juga turut memberi kesempatan untuk berbagi rezeki kepada masyarakat di daerah ini.

“Maka, sempena bulan Ramadan yang mulia ini, saya telah menyampaikan kurma kepada warga MPT yang juga pernah menjadi rakan sejawat dan berkhidmat dengan saya.

“Ia juga sebagai medium untuk saya merapatkan lagi hubungan silaturahim yang sedia terjalin dengan warga MPT,” katanya ketika menyampaikan kurma kepada warga MPT, di sini hari ini.

Katanya, penyampaian kurma ini juga sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan jasa warga MPT yang selama ini bertungkus lumus berkhidmat demi orang awam di barisan hadapan.

Dalam pada itu, Tony Koh berkata, dia juga turut meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bulan lepas bersama-sama dengan kawan yang muslim.

“Saya telah menjemput kawan termasuk warga MPT yang muslim datang ke rumah untuk bersama-sama meraikan perayaan Tahun Baharu Cina sebagai usaha mengeratkan silaturahim dengan mereka.

“Oleh itu, saya berharap lebih ramai orang dapat tampil ke depan bersama-sama menghargai usaha dan jasa mereka,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2024 04:38 PM | Show all posts
Sangat setuju akan kenyataan ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.055077 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list