CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8875|Reply: 0

[Sarawak] Tiada asas untuk pindaan Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan

[Copy link]
Post time 15-3-2024 05:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 14-3-2024 09:46 PM



BARU
KUCHING: Sebarang percubaan untuk meminda Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan adalah perkara serius yang akan menyinggung Doktrin Struktur Asas (Doctrine of Basic Structure) dan memusnahkan semangat Perjanjian Malaysia (MA63).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba'Kelalan Baru Bian berkata, pendedahan penuh dan rundingan mesti dibuat terlebih dahulu dengan Sarawak dan Sabah sekiranya terdapat sebarang cadangan atau pertimbangan mengenai pemindaan tersebut.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar yang mengumumkan bahawa kerajaan bersedia untuk segera melaksanakan sebarang pindaan yang diperlukan kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan, susulan daripada penghakiman kes Nik Elin.

Ini katanya, bagi mengelakkan konflik berterusan antara bidang kuasa mahkamah sivil dan syariah.

Berikutan itu, Baru menerusi satu kenyataan baru-baru ini berkata tiada asas untuk pindaan Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan.

“Doktrin Struktur Asas yang telah dipertahankan oleh Mahkamah tidak membenarkan Parlimen mengubah struktur asas perlembagaan seperti sekularisme, demokrasi, federalisme dan pengasingan kuasa.

”Hakim Mahkamah Rayuan yang telah bersara iaitu Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunus menegaskan demikian apabila beliau berucap dalam ceramahnya baru-baru ini bertajuk 'The Malaysian Contours Of Federal Constitution: Negotiating Between The Sacred And Secular'.

”Jelas beliau (Mohd Hishamudin) berdasarkan doktrin struktur asas, Parlimen tidak boleh meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menukar Malaysia daripada negara sekular kepada negara Islam,” kata Baru.

Beliau berkata, menteri tersebut dalam pengumumannya menyebut mengenai keperluan untuk menyelesaikan konflik antara undang-undang sivil dan undang-undang syariah.

”Namun pada pandangan saya, tiada konflik wujud. Isunya bukanlah konflik antara undang-undang sivil dan syariah sebaliknya, ia adalah soal menentukan bidang kuasa kerajaan persekutuan dan negeri seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Tambah beliau, pergerakan Islam yang semakin meningkat di negeri-negeri tertentu di Malaya menunjukkan bahawa ketakutan nenek moyang terdahulu telah menjadi nyata.

Ini katanya, akan membolehkan percubaan untuk memartabatkan undang-undang syariah yang seterusnya akan menggoyahkan asas Persekutuan Malaysia, daripada perspektif Sarawak dan Sabah.

"Kerajaan Madani sepatutnya mempunyai keprihatinan yang tinggi terhadap rakyat di negeri-negeri Borneo, seperti yang dilakukannya terhadap rakyat di negeri-negeri yang dilihat semakin Islamis,” katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.056862 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list