CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8777|Reply: 0

[Sarawak] Kilang lama dalam proses dirobohkan terbakar

[Copy link]
Post time 15-3-2024 05:43 AM | Show all posts |Read mode


Bomba hadir di lokasi untuk memadamkan kebakaran. - Gambar JBPM

MUKAH: Sebuah kilang lama yang tidak beroperasi dan dalam proses dirobohkan terbakar di luar kawalan di Jalan Haji Latif dekat sini, hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu  Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.05 petang dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Katanya, setibanya di tempat kejadian komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah kilang lama yang tidak lagi beroperasi.

"Kilang berstruktur tidak kekal yang berkeluasan 100 kali 40 kaki persegi itu tidak lagi beroperasi serta dalam proses dirobohkan.

"Kebakaran telah mengakibatkan 20 peratus daripada keseluruhan struktur serta sengaja dibakar oleh pemilik kerana dalam proses pembinaan semula di mana 80 peratus daripada struktur kilang telah dirobohkan terlebih dahulu pemilik kilang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pekerja yang ditugaskan untuk merobohkan bangunan kilang lama berkenaan dan kerja-kerja membakar sedang dilakukan untuk memusnahkan anai-anai pada bahagian kayu reput bagi memudahkan kerja meroboh keseluruhan bangunan  tersebut.

"Namun api mula marak dan di luar kawalan akibat angin kuat lalu menyebabkan mereka menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan," jelasnya.

Kebakaran tersebut bagaimanapun berjaya dikawal pada jam 4.35 petang dan operasi pemadaman kebakaran ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.24 petang.

Kemusnahan akibat kebakaran tersebut dianggarkan kira-kira 20 peratus.

Kebakaran tersebut juga tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa dan punca sebenar masih dalam siasatan Unit Penyiasatan Kebakaran JBPM Zon 4 Sibu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.057765 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list