CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8793|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Sarawak masih laksana langkah wajar dalam pengambilalihan MASwings

[Copy link]
Post time 15-3-2024 05:41 AM | Show all posts |Read mode


(Dari kanan) Mohamad Abdullah, Lee dan Xing merakamkan kenangan di pintu masuk pesawat model ARJ21-700 semasa pameran statik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini. – Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Kerajaan Sarawak masih melakukan langkah-langkah wajar dalam pengambilalihan MASwings, kata Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin.

Lee berkata, adalah terlalu awal untuk membincangkan jumlah pesawat yang akan dibeli dalam usaha kerajaan negeri menubuhkan syarikat penerbangan butik sehingga proses pengambilalihan MASwings selesai.

"Kami masih melakukan langkah-langkah wajar untuk mengambil alih MASwings.

"Apabila kita telah menyelesaikan semuanya, kita akan mempunyai rancangan yang lebih konkrit, jadi masih terlalu awal untuk bercakap mengenai jumlah pesawat yang diperlukan pada masa ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan ketibaan pesawat ARJ21-700 yang dikeluarkan oleh Commercial Aircraft Corporation of China (Comac) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), hari ini.

Lee berkata, pesawat model ARJ21-700 amat sesuai untuk perkhidmatan laluan serantau di seluruh Pulau Borneo dan ia boleh bergerak sehingga 2,000 batu nautika dalam masa dua setengah jam.

Justeru katanya, ARJ21-700 yang dapat memuatkan 78 hingga 97 orang penumpang dalam satu penerbangan merupakan antara model pesawat yang sedang dipertimbangkan kerajaan negeri.

Namun demikian katanya, kajian teknikal dan penilaian menyeluruh perlu diselesaikan sebelum keputusan muktamad boleh dibuat.

"Antara perkara yang perlu dipertimbangkan kerajaan negeri ialah sama ada lapangan terbang dengan landasan yang lebih pendek, khususnya yang terletak di kawasan luar bandar, sesuai untuk operasi pesawat yang lebih besar berbanding pesawat turboprop dan Twin Otter," jelasnya.

Beliau juga berkata, Indonesia telah membuat tempahan untuk 60 pesawat model ARJ21-700 itu, dengan dua lagi dikendalikan oleh Trans Nusa Airline.

Lee menjelaskan, pegawainya baru-baru ini menghadiri Pertunjukan Udara Singapura sebelum berjaya mengatur penerbangan demonstrasi yang dikendalikan oleh pesawat ARJ21-700 ke Kuching hari ini.

Satu lagi model, C919, juga dikeluarkan oleh Comac masih dipamerkan di Kuala Lumpur.

Antara yang hadir ialah Konsul Jeneral Cina di Kuching Xing Weiping dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datu Mohamad Abdullah Zaidel.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.357080 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list