CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8574|Reply: 1

[Sarawak] CUEPACS cadangkan ahli politik diberi hanya satu pencen

  [Copy link]
Post time 15-3-2024 05:38 AM | Show all posts |Read mode


Adnan (tiga kiri) dan Dr Hatta (empat kiri) bersama tetamu jemputan lain merakam kenangan sempena Program Kebajikan CUEPACS bersama kakitangan UNIMAS. - Gambar UNIMAS
KOTA SAMARAHAN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan agar ahli politik sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen diberi hanya satu pencen sahaja.

Presidennya Datuk Dr Adnan Mat berkata, dalam usaha mengurangkan bebanan kewangan kepada kerajaan dalam membayar pencen, mereka hanya menerima satu sahaja pencen daripada beberapa jawatan yang pernah mereka sandang ketika berkhidmat.

Menurutnya, buat masa ini ada kalangan bekas menteri yang turut menjadi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menerima pencen untuk setiap jawatan mereka.

“Maka sesuatu yang lebih baik atau lebih munasabah perlu diwujudkan yakni hendaklah menerima satu pencen daripada semua pencen tersebut, yang mana lebih tinggi.

“Dengan itu adalah munasabah untuk kerajaan melaksanakannya, maka bebanan kewangan negara adalah sedikit melegakan apabila dibuat pertimbangan untuk mereka menerima pencen yang tertinggi saja daripada mana-mana pencen yang mereka dapat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Kebajikan CUEPACS bersama Kakitangan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang dihadiri Naib Canselor UNIMAS Profesor Dr Ahmad Hatta Rasit di sini, hari ini.

Menurut Adnan, pada kebiasaannya ahli politik mungkin peringkat awal, parti mereka mencadangkan mereka sebagai ADUN yang kemudian naik pangkat menjadi Ahli Parlimen.

“Selepas Parlimen mungkin dilantik sebagai timbalan menteri dan menteri. Apabila mereka bersara dalam bidang politik, mereka mendapat pencen (untuk semua jawatan berkenaan).

“Maka mereka hendaklah diberi pencen antara yang tertinggi bagi empat jawatan berkenaan, ini yang CUEPACS cadangkan,” katanya.

Ditanya mengenai isu pencen perkhidmatan awam akan dimansuhkan, Adnan berkata, bagi CUEPACS ia adalah penambahbaikan skim pencen yang bersesuaian dengan keperluan perkhidmatan awam generasi akan datang.

Katanya bagi penjawat awam yang lama, mereka masuk kerja dan jawatan adalah tetap dan berpencen di mana mereka sudah ditetapkan dalam bentuk caruman kerajaan dalam Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) sehingga tamat perkhidmatan.

“Bagaimanapun untuk penambahkan skim pencen baharu, kita mahu anggota perkhidmatan awam yang akan datang mendapat skim lebih baik berbanding skim tetap dan berpencen yang ada sekarang,” katanya.

Sehubungan itu tiga agensi yang menjaga kebajikan pekerja iaitu KWAP, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan membentangkan skim pencen yang mereka cadangkan bagi menggantikan skim sedia ada.

Adnan berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) maklumkan dua cadangan akan dibentangkan pada 18 Mac ini oleh KWAP dan KWSP kepada kerajaan manakala pada 22 Mac pula oleh PERKESO.

"CUEPACS juga akan melihat apakah cadangan mereka lebih baik daripada skim yang ada hari ini," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2024 04:40 PM | Show all posts
Setuju jika membawa kebaikkan kepada rakyat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.465371 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list