CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8484|Reply: 0

[Sarawak] ‘Little Borneo Birdie’ bersedia terbang ke California sertai WCOPA 2024

[Copy link]
Post time 15-3-2024 05:34 AM | Show all posts |Read mode


Uggah bersama Dion, Louis dan Edina ketika menerima kunjungan hormat daripada keluarga itu di pejabatnya hari ini.

KUCHING: Duta kebudayaan cilik Sarawak, Dion Das Louis atau lebih dikenali ‘Little Borneo Birdie’ bersedia untuk terbang ke California, Amerika Syarikat menjelang akhir Jun ini.

Beliau antara ahli pasukan negara ke Kejohanan Seni Persembahan Dunia Ke-27 (WCOPA 2024) di Long Beach, Califonia.

Menurut bapanya, Louis Lansam pertandingan itu akan diadakan dari 1 hingga 5 Julai manakala penyampaian pingat akan diadakan sehari kemudian.

Perkara itu dinyatakan Louis ketika bersama Dion dan ibunya Edina Lanying melakukan kunjungan hormat terhadap Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas di pejabatnya di sini, hari ini.

Dion telah melayakkan diri ke kejohanan dunia itu selepas memenangi pingat emas di grand final Kejohanan Seni Persembahan Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur pada 27 Januari lalu.

Dia yang membawa bendera Sarawak melakukan persembahan tarian kontemporari etnik dengan membawa watak seekor anak burung lantas menamakan persembahannya sebagai 'Little Borneo Birdie'.

Menurut Louis, persembahan tarian tradisional Iban, iaitu 'Ngajat' oleh anaknya dipengaruhi unsur-unsur daripada dua burung Borneo yang agung iaitu ‘Ruai’ atau burung Argus Malaya Besar dan ‘Kenyalang’ atau Burung Enggang.

Ini digambarkan dengan elegan dari segi pakaian tradisional dipakainya yang berunsurkan bulu burung.

Langkah-langkah tariannya juga dikiograf untuk meniru pergerakan tertentu (Burung) Kenyalang ketika ia terbang melalui pokok yang tinggi dan ‘Ruai’ ketika ia membentangkan kepaknya yang cantik di atas lantai hutan jauh di pedalaman negeri Sarawak.

Louis berkata, anaknya yang merupakan murid tahun dua di Sekolah Kebangsaan (SK) Green Road di sini, mempunyai bakat semula jadi untuk ngajat.

"Saya rasa dia mewarisinya daripada datuk sebelah ibunya yang juga penari ngajat iringan dari Nanga Entabai di Pakan di bahagian Sarikei," kata ibunya.

Louis dan Edina akan menemani anak mereka ke Long Beach, Califonia untuk menyertai kejohanan itu.

Mereka kini sedang melakukan persiapan untuk ke kejohanan itu dan untuk Dion pastinya memantapkan lagi persembahannya.

Uggah semasa menerima kunjungan mereka berkata amat gembira dengan penyertaan Dion dalam kejohanan bertaraf dunia itu.

"Kit sangat gembira kerana anak muda daripada komuniti kita boleh berjaya ke peringkat dunia," katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/13/little-borneo-birdie-bersedia-terbang-ke-california-sertai-wcopa-2024

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.156844 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list