CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2200|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Kesian Zhamel, menderita tulang reput misteri

[Copy link]
Post time 14-3-2024 12:36 PM | Show all posts |Read mode

ZHAMEL (terbaring) yang menghidap penyakit tulang rapuh bersama isteri, Maryati Kahar, 38, dan tiga anaknya. FOTO Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Diduga dengan penyakit misteri menyebabkan tulangnya mereput sejak lima tahun lalu.

Itu nasib menimpa Muhammad Zhamel Zainal Abidin, 35, yang kini terlantar sakit hingga membataskan pergerakannya dan kemahuannya bagi menyara keluarga.

Lebih menyedihkan apabila dia bersama isteri, Maryati Kahar, 38, dan tiga anak berusia setahun setengah hingga tujuh tahun terpaksa menumpang di rumah ibu bapanya di Kampung Jimah Lama sejak setahun lalu.

"Masalah tulang reput ini mula dikesan pada tahun 2019 selepas saya terjatuh di bilik air. Doktor mengatakan sebahagian besar tulang saya sudah rosak seolah-olah mereput.



"Ketika itu saya masih bekerja di sebuah kilang di Senawang dan terpaksa menggunakan tongkat sokongan untuk berjalan walaupun di tempat kerja. Akhirnya terpaksa berhenti kerja setahun kemudian," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Jimah Lama di sini.

Katanya, pelbagai usaha dijalankan untuk berubat hinggakan pernah ditipu ribuan ringgit apabila cuba menjalani rawatan tradisional.

"Habis duit simpanan saya dan kini terpaksa bergantung kepada isteri yang menjual kuih di gerai kakaknya di Sendayan untuk menyara keluarga kami

"Setiap Sabtu dan Ahad pula, isteri saya terpaksa pulang ke rumah ibunya di Paroi, Seremban untuk memproses kuih sejuk beku seperti karipap, donat dan beberapa jenis kuih lain untuk digoreng sebelum dijual," ujarnya.

Muhammad Zhamel berkata, dia bagaimana pun tidak mampu membantu kerana tidak boleh terlalu banyak bergerak.

"Saya hanya berserah kepada Allah SWT. Sehingga kini doktor belum dapat mencari punca kenapa saya diserang penyakit ini (tulang reput). Penyakit seumpama ini belum pernah terjadi dalam keluarga saya," katanya.

Sementara itu isterinya, Maryati Kahar berkata, dia reda dengan ujian menimpa mereka sekeluarga namun berharap suami akan sembuh.

"Saya percaya ini ujian Allah SWT untuk kami sekeluarga, tambahan pula ibu mentua juga tidak sihat dan hanya bergerak menggunakan kerusi roda. Saya berharap diberikan kekuatan untuk mencari rezeki khususnya untuk mengubati suami dan belanja sekolah anak-anak.

Katanya, dia juga perlu mencari belanja tambahan bagi proses rawatan suaminya di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (HTJS) dan IKN (Institut Kanser Negara) mengikut jadual ditetapkan.

"Suami tidak boleh dibawa dengan kereta biasa kerana ia boleh membahayakan tubuhnya. Kami terpaksa menyewa ambulans yang menelan kos tinggi. RM400 diperlukan untuk menyewa ambulans ke HTJS dan RM900 ke IKN.

"Soal mampu atau tidak, saya kena usaha juga mencari duit bagi perbelanjaan rawatan suami, anak dan belanja dapur," ujarnya.

Dia berterima kasih atas bantuan bulanan sebanyak RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterimanya sejak setahun lalu.

Orang ramai yang bersimpati dengan nasib keluarga ini boleh menyumbang ke Akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0511541000121705 atau menghubungi Zhamel di talian 0163040859.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ulang-reput-misteri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.313586 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list