CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2283|Reply: 0

[Kelantan] Bekas ADUN kini jadi pengeluar nira kelapa pandan

[Copy link]
Post time 14-3-2024 12:29 PM | Show all posts |Read mode

Ab Aziz menyadat mayang kepala pandan bagi mendapatkan nira di kebunnya.

GUA MUSANG: Hasil berbudi pada tanah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiga tahun lalu, kini memberi pulangan lumayan apabila kelapa pandan yang diusahakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri di sini, berjaya mengeluarkan 100 botol air nira sehari.

Ab Aziz Yusoff, 63, berkata ketika ada lebih 100 pokok kepala pandan ditanamnya sejak PKP tiga tahun lalu.

Katanya, air nira kelapa pandan yang dihasilkan di kebunnya dekat Kampung Lepan Jaya mendapat permintaan tinggi daripada penduduk di sekitar daerah ini.

"Rasa air nira kelapa ini berbeza dengan kelapa biasa apabila memberi rasa pandan. Sudah pasti airnya lebih sedap berbanding air tuak daripada kelapa biasa.



"Bagi proses nak dapatkan tuak mayang kelapa akan dipotong sedikit pada hujungnya menggunakan sadap (sabit) yang tajam bagi mengeluarkan tuak dan ditadah menggunakan plastik yang diikat pada hujung mayang.

"Akar kayu cengal atau laru yang dipotong dalam bentuk cebisan kecil akan dijemur panas hingga kering dan dimasukkan ke dalam plastik sebelum diikat pada mayang kelapa. Tuak yang dikutip akan ditapis beberapa kali supaya tiada habuk dan serangga kecil," katanya ketika ditemui di di kebunnya di Kampung Lepan Jaya di sini, hari ini.

Ab Aziz berkata, sehingga kini dia bersama keluarga mengusahakan air nira kelapa pandan itu diatas tanah keluasan 0.8 hektar.



Ab Aziz bersama isteri memasukkan air nira ke dalam botol sebelum dihantar kepada pelanggan

"Saya bersama ahli keluarga termasuklah isteri, menantu dan seorang pembantu yang juga penduduk kampung ini, akan bertugas serta bergilir setiap hari untuk melakukan aktiviti termasuk menyadat air tuak kelapa pandan.

"Insya-Allah pengeluaran air tuak akan dihasilkan bukan sahaja pada bulan Ramadan, tetapi setiap bulan sebagai hasil pendapatan di kebun kelapa pandan ini," katanya

Menurut Ab Aziz, setiap hari air tuak akan diproses dan diisi ke dalam botol sebelum dihantar kepada pelanggan.

Katanya, harga jualan air tuak kelapa pandan di kebunnya ialah RM5 sebotol.

"Permintaan air tuak pada bulan Ramadan ini amat menggalakkan apabila ada peminat tuak yang membeli 10 botol untuk di simpan dan minum setiap hari.

"Air tuak kelapa pandan yang disimpan di dalam peti sejuk akan bertahan sehingga beberapa bulan malah boleh mencecah tempoh setahun," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -nira-kelapa-pandan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.039988 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list