CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2078|Reply: 0

[Johor] Polis Johor siasat 2 anggota trafik lakukan pemerasan

[Copy link]
Post time 14-3-2024 12:19 PM | Show all posts |Read mode

POLIS Johor sedang menjalankan siasatan ke atas dua orang anggota trafik yang disyaki melakukan pemerasan terhadap warga Singapura. FOTO TULAR

Johor Bahru: Polis Johor sedang menjalankan siasatan ke atas dua orang anggota trafik yang disyaki melakukan pemerasan terhadap warga Singapura dalam kejadian di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, 10 Mac lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, pihaknya mengesan video tular di media sosial Facebook dimuat naik penama Irene Teo dalam halaman 'Sage', semalam.

"Kita sedang menjalankan siasatan terhadap dua anggota polis trafik yang dipercayai melakukan pemerasan berikutan penularan dua hantaran video di laman sosial Facebook, semalam.

"Hantaran video itu turut diulas melalui artikel yang dimuat naik oleh laman sesawang Mothership bertarikh 11 Mac lalu," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.



Beliau berkata, melalui hantaran yang tular, dipercayai penama 'Irene Teo' telah diarahkan untuk membayar wang sejumlah SGD142 (RM499.40) kepada kedua-dua anggota polis trafik di BSI itu bagi mengelakkan tindakan saman diambil.

"Mangsa dikatakan melakukan kesalahan masuk ke laluan lori di kawasan pemeriksaan 8A arah Johor Bahru ke Singapura pada 10 Mac lalu kira-kira jam 8.15 malam," katanya.

Menurut beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

Bagaimanapun, Kumar berkata, setakat ini, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan dibuat oleh mangsa berhubung insiden terbabit.

Katanya, permohonan rasmi dibuat ke Pejabat Konsulat Singapura di Johor Bahru untuk bantuan mengesan pemilik Facebook 'Sage' dan penama 'Irene Teo' bagi membantu siasatan.

Pada masa sama, Kumar menegaskan, pihaknya amat komited dalam usaha untuk memerangi masalah integriti serta salah laku jenayah dalam kalangan pegawainya demi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pasukan polis.

"Mana-mana pegawai yang dipercayai melakukan jenayah akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi berlandaskan prinsip kesamarataan di sisi undang-undang di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan," jelasnya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian berkenaan boleh menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan 07-2182323 atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Suhana Abdullah Sadali di talian 019-8853599 atau Inspektor Nizam Ramon di talian 011-16086119.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-lakukan-pemerasan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.370949 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list