CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2127|Reply: 0

EPL: Ederson terlepas pertemuan penting

[Copy link]
Post time 14-3-2024 12:08 PM | Show all posts |Read mode

EDERSON (tengah) terpaksa disisihkan sekurang-kurangnya empat minggu disebabkan kecederaan ketika menentang Liverpool. – AFP

MANCHESTER – Penjaga gol Manchester City, Ederson, bakal terlepas pertembungan penting menentang Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates hujung bulan ini berikutan kecede­raan paha dialami ketika ini.

Ederson, 30, mengalami kece­deraan itu selepas bertembung de­ngan penyerang Li­verpool, Darwin Nunez sehingga menghadiahkan sepakan penalti kepada lawan tersebut yang berjaya disempurnakan oleh Alexis Mac Allister ketika seri 1-1 di Anfield pada Ahad lalu.

Bintang skuad antarabangsa Brazil itu dijangka terlepas beberapa perlawanan dalam tempoh tiga hingga empat minggu termasuk menentang The Gunners yang boleh menentukan peluang City memburu kejuaraan EPL musim ini.

Ederson juga akan terlepas aksi suku akhir Piala FA menentang Newcastle United awal pagi Ahad ini selain perlawanan persahabatan antarabangsa antara Brazil menentang England dan Sepanyol pada 23 serta 26 Mac ini.

Penjaga gol kedua, Stefan Ortega bakal mengisi kekosongan di bahagian gawang The Citizens untuk aksi suku akhir Piala FA menentang Newcastle hujung minggu ini dan bersedia memberikan prestasi sehabis baiknya.

“Ini adalah saat istimewa apabila dimasukkan bermain dalam perlawanan besar seperti ini (merujuk kepada aksi menentang Liverpool selepas menggantikan Ederson). Seluruh dunia menyaksikan perlawanan ini dan ia adalah perasaan yang me­nyenangkan.

“Saya menikmati setiap saat berada di atas padang. Ia bukan perkara baharu, sebab itu saya sentiasa pastikan diri dalam keadaan bersedia,” kata Ortega.

Sebagai rekod, skuad bimbi­ngan Pep Guardiola itu berada di tangga ketiga, ketinggalan satu mata di belakang pendahulu EPL, Arsenal yang memiliki kelebihan jumlah perbezaan gol selepas terikat 64 mata dengan Liverpool di tempat kedua. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... -pertemuan-penting/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pulis Minta Bantuan Kesan Kanak-Kanak Perempuan,Albertine Leo Jia Hui,  Enam Tahun Dilapor Hilang di Iskandar Puteri
YgBenarPulis Minta Bantuan Kesan Kanak-Kanak Pe
Views : 36454 Replies : 51
TAKZIAH: Isteri Wan Saiful meninggal dunia akibat kanser
mojarean_XTAKZIAH: Isteri Wan Saiful meninggal dun
Views : 4583 Replies : 8
Khai Bahar bawa BF g Sarawak
leftenanhensemKhai Bahar bawa BF g Sarawak
Views : 56948 Replies : 83
Warga KL paling murung, stress
JoyahMengayahWarga KL paling murung, stress
Views : 7509 Replies : 75
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 21169 Replies : 348
Lelaki hampir muflis dipergunakan abang ipar guna nama buat pinjaman bank pembelian kereta baharu Rm100k.Wajar atau tidak
YgBenarLelaki hampir muflis dipergunakan abang
Views : 35696 Replies : 40
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 92700 Replies : 1045
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 31786 Replies : 218
Sejauh mana GIGIHNYA  korang
fahdramliSejauh mana GIGIHNYA korang
Views : 75006 Replies : 396
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 32221 Replies : 173

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.083129 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list