CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1971|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak diharap tidak berdepan isu jika terdapat pindaan perlembagaan berhubung pemerolehan kewarganegaraan

[Copy link]
Post time 14-3-2024 05:20 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berharap Sarawak tidak akan berhadapan sebarang isu signifikan sekiranya terdapat pindaan perlembagaan berhubung pemerolehan kewarganegaraan Malaysia.

Beliau berkata, selagi Jawatankuasa Kewarganegaraan Khas Sarawak dapat mengesyorkan individu tanpa kewarganegaraan di negeri ini mendapatkan kerakyatan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk pertimbangan, proses itu akan kekal utuh.

Menurutnya, selama ini kementeriannya melalui jawatankuasa itu telah membantu ramai individu tanpa kewarganegaraan dari Sarawak mendapatkan kerakyatan, walaupun ia merupakan bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Walaupun difahamkan jawatankuasa itu hanya boleh mengesyorkan dan hanya kementerian boleh meluluskan, sebarang kemungkinan pindaan perlembagaan tidak akan membawa isu signifikan, asalkan KDN bersedia meneliti cadangan kami," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan Taklimat Persediaan Penganjuran Para SUKMA Ke-21 di kediamannya di Petra Jaya di sini, hari ini.

Menurut Fatimah, adalah penting bagi jawatankuasa itu untuk terus wujud dan terus menjadi komponen utama bagi membantu individu tanpa kewarganegaraan di negeri ini, mendapatkan kerakyatan mereka.

Dalam pada itu, Fatimah turut mendedahkan cabaran yang dihadapi dalam memberikan kewarganegaraan kepada kanak-kanak di bawah bidang kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), terutama apabila ibu bapa kandung tidak mahu atau tidak dapat mengesahkan status kewarganegaraan mereka.

Justeru, beliau menyarankan agar kanak-kanak dikecualikan daripada Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan, yang membenarkan kerajaan persekutuan mendaftarkan individu di bawah umur 21 tahun sebagai warganegara dalam keadaan istimewa.

"Keengganan ibu bapa kandung untuk tampil ke hadapan merumitkan proses. Kami bagaimanapun tetap berharap dan teguh dalam usaha kami, dengan memahami kerumitan situasi ini.

"Usaha menggalakkan ibu bapa kandung untuk tampil akan menyelaraskan proses pendaftaran kewarganegaraan, selain mengelakkan individu daripada berhadapan sebarang halangan birokrasi," katanya.

Media terdahulu melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution membuat pengumuman mengenai kelulusan Kabinet untuk pindaan perlembagaan mengenai kewarganegaraan.

Bagaimanapun, rakyat ragu-ragu dan bimbang akan kesan perubahan yang dicadangkan itu, terutama ke atas pelbagai kumpulan tertentu.

Ini termasuk anak-anak kepada wanita warganegara Malaysia yang mempunyai pasangan bukan warganegara dan anak tanpa kerakyatan yang diangkat oleh ibu bapa Malaysia.

Pindaan dicadangkan itu, yang memerlukan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat untuk digubal, bertujuan menangani isu kewarganegaraan yang telah lama berlarutan tetapi berhadapan penolakan daripada pihak berkepentingan.

Hadir sama pada sidang media, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Mohammad Razi Sitam dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datu Hii Chang Kee.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.050282 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list