CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1997|Reply: 0

[Sabah] Rumpai laut di Sabah sumbang pengeluaran akuakultur nasional

[Copy link]
Post time 14-3-2024 05:19 AM | Show all posts |Read mode


LAWATAN: Datuk Seri Mohamad Sabu (kanan tiga) ketika mengadakan lawatan kerja rasmi ke Sabah bagi melihat dan melawat tapak pengeluaran rumpai laut di Semporna. Turut hadir dalam lawatan itu Pengarah Jabatan Perikanan, Azhar Kassim (dua kanan).

KUALA LUMPUR: Rumpai laut di negeri Sabah telah menyumbang kira-kira 54 peratus daripada pengeluaran akuakultur nasional.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, pada tahun 2023, pengeluaran rumpai laut negeri Sabah dianggarkan sebanyak 225,048 tan metrik (berat basah) dengan nilai RM100 juta.

Ia berbanding pengeluaran 307,972 tan metrik (berat basah) dengan nilai RM247.105 juta pada tahun sebelumnya yang melibatkan seramai 1,555 pengusaha dengan keluasan 4,464 hektar.

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) perlu memainkan peranan dalam mengembangkan lagi industri rumpai laut di negara ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu kini dalam siri lawatan kerja rasminya di Semporna, Sabah dan meluangkan masa melawat Projek Penanaman Rumpai Laut di daerah berkenaan.

Mohamad Sabu berkata, industri rumpai laut ini perlu mendapat lebih sokongan dan perhatian daripada pihak kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri,” katanya.

Ketika ini rumpai laut digunakan sebagai bahan campuran dalam produk kesihatan dan ada juga dimakan secara terus terutama di restoran Jepun dan Cina.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di Facebooknya. Turut hadir dalam lawatan itu Pengarah Jabatan Perikanan Azhar Kassim.

Usai lawatan tersebut, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berharap, industri rumpai laut dapat dikembangkan kerana ia mempunyai potensi yang cukup baik.

Selain potensi yang positif, industri berkenaan juga katanya, berupaya menjana pendapatan selesa kerana permintaan di peringkat global yang sedang berkembang ketika ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.053342 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list