CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2031|Reply: 0

[Sabah] Program WeHelp bantu bangunkan modal insan di Sabah

[Copy link]
Post time 14-3-2024 05:17 AM | Show all posts |Read mode


HAJIJI

TUARAN: Program WeHelp Jabatan Pendidikan Negeri turut membantu usaha kerajaan negeri menjayakan agenda pembangunan modal insan di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, sudah pasti melalui inisiatif program itu, penyaluran bantuan yang bersasar pasti dapat memberi impak yang positif kepada yang menerima.

“Saya berharap penyerahan bantuan pada hari ini bagi tahun 2024 akan mencapai objektifnya dan mampu memberi implikasi positif kepada golongan sasaran yang akhirnya dapat menyumbang ke arah pembangunan dan kemakmuran negeri serta kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan negeri akan sentiasa menyokong setiap usaha Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dalam melahirkan modal insan yang berilmu, berpendidikan dan berkemahiran di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena majlis pelancaran Program WeHelp, Penyerahan Bantuan Cermin Mata, Beg Sekolah Murid dan Cek Cura Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di Dewan Terbuka SMK Badin Tuaran, di sini pada Isnin.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd, Datuk Jasnih Daya.

Hajiji berkata, program seumpamanya amat penting untuk membantu pembangunan pendidikan anak-anak selaras dengan teras kedua Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang merujuk kepada modal insan dan kesejahteraan rakyat.

“Sudah pasti usaha gigih dan iltizam melalui inisiatif Program WeHelp Jabatan Pendidikan Negeri Sabah ini, setiap anak murid di negeri ini dapat dibantu mengikut keperluan masing-masing berdasarkan pemprofilan yang diperolehi melalui tinjauan keperluan murid,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri sentiasa mengambil berat dan prihatin akan keadaan hidup seluruh rakyat, termasuk pendidikan anak-anak Sabah terutama golongan B40.

Katanya, mereka adalah modal insan yang akan menyambung agenda kerajaan menerusi Hala Tuju Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya.

“Sebab itu, kerajaan negeri telah menyediakan beberapa program bantuan pendidikan murid sekolah antaranya Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One Off (BUDI), Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), Bantuan Tunai Peperiksaan (BAKTI) dan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA).

“Selain itu, kerajaan negeri juga telah menambah dana Biasiswa Kerajaan Negeri daripada hanya RM50 juta kepada RM101 juta setahun.

"Ini bagi memastikan lebih ramai anak-anak Sabah yang berkelayakan, berpeluang memperoleh biasiswa dalam usaha mereka melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

“Semua bantuan ini bukan saja telah memberi banyak faedah khususnya dalam mengurangkan beban kewangan golongan miskin dan B40, tetapi juga untuk memastikan tiada anak-anak yang terpinggir daripada mendapat peluang pendidikan di negeri ini,” katanya.

Katanya, langkah ini sejajar dengan inisiatif melahirkan lebih ramai golongan yang berpendidikan dan pembangunan modal insan sebagaimana yang terkandung di dalam matlamat Dasar Hala Tuju SMJ berkenaan.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang bantuan kepada murid-murid di negeri ini seperti Pusat Zakat Sabah; Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.056210 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list