CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2100|Reply: 0

[Sabah] Tahap keselamatan jalan raya Tawau-Semporna perlu diperkasa

[Copy link]
Post time 14-3-2024 05:14 AM | Show all posts |Read mode


CHRISTINA

KOTA  KINABALU: Usaha perlu diambil bagi memperkasakan tahap keselamatan jalan raya Tawau-Semporna.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, beliau akan mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan Ken Pan Ying On yang bertanggungjawab terhadap pembangunan Pelancongan di Tawau dan Semporna.

Katanya, kemalangan jalan raya melibatkan van pelancong yang bertembung dengan lori Treler yang berlaku baru-baru ini telah menyebabkan kematian dua pelancong masing-masing dari Singapura dan Vietnam.

"Kita akan tunggu keputusan siasatan polis mengenai penyebab kepada kemalangan itu.

"Saya juga mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu," katanya.

Pada Isnin lalu, dua pelancong asing maut, manakala lima cedera termasuk empat parah selepas van pelancong yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 21, Jalan Semporna-Tawau.

Kedua-dua mangsa iaitu lelaki warga Singapura, 60, dan wanita warga Vietnam, 40, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Nahas berlaku apabila treler dipandu lelaki tempatan berusia 29 tahun dipercayai hilang kawalan dan memasuki lorong kanan sebelum bertembung dengan van pelancong yang datang dari arah bertentangan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.585579 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list