CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2180|Reply: 0

[Sabah] Krisis bekalan air, JPBD Papar isytihar bencana kemarau

[Copy link]
Post time 14-3-2024 05:11 AM | Show all posts |Read mode


BENCANA: Pengisytiharan bencana kemarau bagi daerah Papar. Gambar sumber Facebook

PAPAR: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Papar mengumumkan pengisytiharan bencana kemarau berikutan krisis bekalan air yang melanda daerah ini.

Dalam satu kenyataan semalam, pihak JPBD Papar yang bermesyuarat pada 8 Mac 2024 bersetuju mengumumkan bencana kemarau di daerah Papar.

Pengisytiharan bencana itu dipercayai dibuat oleh Pegawai Daerah Papar Mohd Fuad Abdullah pada jam 10.30 pagi hari ini.

Pihak JPBD Papar berusaha mengambil tindakan untuk menangani krisis bekalan air di daerah ini dengan menjalankan pengagihan bekalan air yang dibuat secara berjadual.

Tindakan itu turut mendapat bantuan lori tangki air daripada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Ranau, Majlis Daerah Beaufort, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kota Kinabalu, dan selebihnya disewa daripada pihak swasta.

JANS Papar akan memberi keutamaan kepada hospital, rumah-rumah ibadat, rumah warga tua dan sekolah-sekolah. Selain itu, Majlis Daerah Papar memberi keutamaan kepada kawasan-kawasan perumahan, manakala Pejabat Parlimen Papar di kawasan- kawasan perkampungan.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna JANS Papar dan Majlis Daerah Papar tidak membekalkan air ke kawasan penduduk- penduduk yang terkesan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali ketika dihubungi hari ini menyifatkan tindakan pihak JPBD Papar itu sebagai satu tindakan yang wajar.
"Memang wajar...siapa mahu pertikai, sila datang Papar, bantu kami angkut air untuk rakyat," tegasnya ringkas.

Gangguan bekalan air khususnya di daerah Papar berlanjutan sejak bulan lepas dan menjadi lebih kritikal sejak kebelakangan ini hingga menjejaskan ramai penduduk.

Krisis gangguan bekalan air itu susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Limbahau sejak Februari lepas yang mengakibatkan kapasiti bekalan air di Papar berkurangan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.140879 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list