CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2182|Reply: 0

[Sabah] DBKK buka dua tapak bazar Ramadan baharu tahun ini

[Copy link]
Post time 14-3-2024 05:09 AM | Show all posts |Read mode


KKS-UB130324-SAN-BAZAR-P1 BAHARU: Tapak bazar Ramadan di Padang Merdeka yang baharu dibuka oleh DBKK turut menyediakan tempat untuk orang ramai berbuka puasa. Gambar ihsan DBKK

KOTA KINABALU: Bagi merancakkan aktiviti ekonomi tempatan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) membuka dua lagi tapak bazar Ramadan di pusat bandar raya yang boleh dijadikan pilihan orang awam untuk mendapatkan juadah berbuka puasa sekeluarga.

Ketua Pengarah DBKK Junainah Abbie berkata, tapak bazar yang dimaksudkan beroperasi di Padang Merdeka dan City Park (hadapan bangunan mahkamah lama).

Katanya, kedua-dua bazar Ramadan itu berbeza dengan bazar-bazar kendalian DBKK yang lain.

"Bagi bazar Ramadan di Padang Merdeka, DBKK membenarkan para pengunjung duduk santai di kawasan padang untuk berbuka puasa setelah membeli juadah berbuka mereka.

"Bazar Ramadan di City Park juga menyediakan ruang untuk para pengunjung duduk menjamu selera dengan kelengkapan kerusi meja yang dibuka khas untuk orang awam berbuka puasa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, warga bandaraya diseru untuk tidak melepaskan peluang merasakan pengalaman baharu berbuka puasa di kawasan terbuka bazar Ramadan.

Menurutnya, orang ramai boleh menikmati suasana berbuka puasa bersama-sama dengan pengunjung yang lain dan kongsikan kepada keluarga dan rakan taulan pengalamannya.

Junainah berkata, selain dua lokasi bazar Ramadan baharu itu, lokasi bazar Ramadan sebelum ini di bawah kendalian DBKK kekal beroperasi seperti di Lintasan Deasoka, Sembulan, Indah Permai, Pekan Tanjung Aru, Damai, Pasar Malam Inanam, Kingfisher, dan Manggatal.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.059225 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list