CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2397|Reply: 0

[Sabah] Rakyat Malaysia di luar negara boleh jadi duta produk PKS negara

[Copy link]
Post time 14-3-2024 05:01 AM | Show all posts |Read mode


Utusan Borneo

BERLIN: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan agar rakyat Malaysia yang ada di Jerman dan luar negara menjadi duta kepada produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia.

Beliau berkata, syarikat kecil dan sederhana di Malaysia mempunyai banyak produk dan perkhidmatan yang berpotensi untuk dipasarkan ke luar negara.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam pembangunan keusahawanan dan koperasi, KUSKOP berharap semua rakyat Malaysia yang berada di seluruh dunia menjadi duta tidak rasmi kepada produk dan perkhidmatan SME kita.

“Produk dan perkhidmatan ini wajar untuk dipromosikan di negara di mana kita belajar atau bekerja termasuk di Jerman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rakyat Malaysia di Jerman, semalam.

Turut hadir Pengerusi SME Corp Tan Sri Bernard Dompok, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SME Corp Rizal Nainy, Pengerusi Bukan Eksekutif SME Bank Datuk Muslim Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank Datuk Dr Aria Putra Ismail.

Ewon berkata, ketika ini terdapat 1.1 juta syarikat PMKS di seluruh Malaysia yang kebanyakannya adalah syarikat mikro dan lebih 16,000 koperasi dengan keanggotaan lebih 7 juta orang.

“Ini satu jumlah yang besar dan sudah tentu dengan lawatan kerja ini bersama apa yang diusahakan oleh Perdana Menteri, melalui pertemuan dengan kapten-kapten industri, chancellor serta komitmen untuk melabur dalam negara sudah tentu kita berharap agar PMKS merebut peluang itu,” katanya.

Beliau berharap syarikat PMKS di Malaysia dapat merebut peluang yang ada dalam rantaian bekalan syarikat-syarikat yang melabur di Malaysia.

“Sebab itu, kita berada di sini (Jerman) untuk mencari manfaat bagaimana PMKS di negara kita boleh memainkan peranan.

“Kita juga berharap agar rakyat Malaysia di Jerman dapat membantu menjadi duta mempromosikan produk PMKS terutamanya Makanan dan Minuman (F&B) negara,” katanya.

Beberapa agensi di dalam KUSKOP akan menyertai SME Future Day anjuran Persatuan Perniagaan Kecil dan Sederhana Jerman (BVMW).

Enam syarikat daripada Malaysia akan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka di Jerman, iaitu empat syarikat usahawan yang dibangunkan oleh SME Bank di bawah Business Exports Programme dan dua syarikat francais negara.

Syarikat-syarikat SME terbabit termasuklah Marniq Bersatu Sdn Bhd, Primelux Energy Sdn Bhd, Ade Azhar Trading Sdn Bhd dan 59Kopa Sdn Bhd.

Manakala dua syarikat francais pula ialah Marrybrown Sdn Bhd dan Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.055081 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list