CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2537|Reply: 1

[Sabah] Borneo Mega Raya Fest 2024 tampilkan 80 jenama eksklusif, himpunkan 19 selebriti

[Copy link]
Post time 14-3-2024 04:59 AM | Show all posts |Read mode


MERIAH: Antara selebriti terkenal yang akan memeriahkan Borneo Mega Raya Fest 2024.

KOTA KINABALU: Festival fesyen raya terbesar di Sabah, Borneo Mega Raya Fest 2024 kembali untuk edisi kedua dengan ‘kenikmatan’ lebih meriah dan lebih hebat! tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jeeharris Corporation, Harris Baba berkata, festival kali ini dilaksana dengan skala lebih besar berbanding edisi sulung pada tahun lalu dengan menghimpunkan lebih 80 jenama eksklusif dan 19 selebriti ternama.

“Festival ini bakal berlangsung selama 10 hari bermula 29 Mac sehingga 7 April depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) yang dianjurkan sendiri oleh Jeeharris Corporation, iaitu sebuah syarikat penganjur acara yang berpangkalan di Sabah.

“Jeeharris Corporation bukan nama asing dalam industri penganjuran acara di Negeri di Bawah Bayu dan mempunyai kepakaran dalam menganjurkan acara berskala besar dari festival bertaraf antarabangsa sehinggalah kepada konsert muzik yang berjaya mengumpul lebih 5,000 pengunjung bagi setiap acara.

“Acara terbabit termasuklah Borneo Mega Raya Fest 2023, Mari Makan Minum Fiesta 2023, Konsert Armada Janji Bahagia 2023, Konsert Ungu di Bawah Bayu 2023,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Harris berkata, dia berbangga untuk mengumumkan bahawa Borneo Mega Raya Fest 2024 kembali selepas kejayaan melangsungkan festival fesyen terbesar itu buat julung kalinya tahun lepas.

“Kami tidak sabar untuk menghidangkan rakyat Sabah, termasuk wilayah-wilayah berdekatan seperti Labuan, Sarawak dan Negara Brunei Darussalam dengan Festival Fesyen Raya terbesar.

“Festival ini disasar menjadi penanda aras dalam penganjuran pesta fesyen di Borneo yang ditunggu-tunggu setiap tahun.

“Susulan kejayaan festival ini pada tahun 2023 yang berjaya menarik kira-kira 5,000 pengunjung sehari untuk tempoh 14 hari festival berlangsung, edisi kedua pastinya jauh lebih mengujakan untuk pengunjung,” katanya.

Tambahnya, pengunjung bukan saja dapat membeli-belah keperluan raya terutamanya baju raya daripada jenama fesyen terkenal di Malaysia, bahkan juga bertemu ramai selebriti dan pempengaruh terkenal sambil menikmati persembahan muzik.

“Untuk edisi 2024, festival ini akan menampilkan lebih 80 jenama eksklusif serta menghimpunkan kira-kira 19 selebriti dan pempengaruh ternama negara.

“Antara acara yang pastinya akan menaikkan adrenalin pengunjung, adalah ‘Happy Hour Sale’, Meet and Greet bersama selebriti, pertunjukan fesyen, persembahan artis dan band serta pelbagai hadiah tiket bertuah untuk pengunjung bertuah.

“Antara barisan selebriti dan pempengaruh yang bakal memeriahkan Borneo Mega Raya Fest 2024 adalah MK K-Clique, Khairy Jamaluddin, Dato Aliff Syukri, Adira Suhaimi, Rozita Che Wan, Zain Saidin, Bella Astillah dan ramai lagi,” katanya.

Beliau berkata, buat pertama kalinya, Borneo Mega Raya Fest menampilkan jenama besar untuk kepuasan membeli-belah pengunjung, Antaranya, Rizman Ruzaini, FiziWoo dan Fustaan.

Harris yang juga penyanyi dan pelakon popular berkata, apa yang penting, Jeeharris ingin menyediakan platform kepada pempamer yang terlibat untuk memperkenalkan jenama dan produk mereka kepada seluruh Borneo menerusi Borneo Mega Raya Fest 2024.

“Kami juga berharap dapat membantu dan menyokong usahawan muda untuk membawa jenama serta produk mereka ke tahap lebih tinggi.

“Lebih menarik, Borneo Mega Raya Fest 2024 akan berlangsung di sebelah bufet Ramadan terbesar di Sabah dengan lebih 700 hidangan yang dianjurkan oleh SICC.
“Ini pastinya akan memberikan pengalaman tidak dapat dilupakan oleh pengunjung kerana bukan saja dapat membeli-belah daripada rangkaian jenama terbaik tetapi juga menikmati jamuan lazat dan pelbagai ketika berbuka puasa,” katanya.

Menurutnya, Borneo Mega Raya Fest 2024 juga menyasarkan untuk menarik kira-kira 4,000 hingga 5,000 pengunjung sehari dari 29 Mac sehingga 7 April.

“Lebih 100 gerai yang menawarkan kelengkapan raya seperti baju, kosmetik, makanan dan banyak lagi akan dibuka bermula jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

“Jadi jangan lupa serbu Borneo Mega Raya Fest 2024 untuk merasakan pengalaman membeli belah yang tidak dapat dilupakan di festival fesyen terbesar di Sabah.
“Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di talian 012 999 9255 (Harris), 019 697 0040 (Shah), 012 999 9225 (Jiha) atau menerusi emel di jeeharis.corporation@gmail.com.,” katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2024 09:31 PM | Show all posts
can't wait
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.050568 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list