CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4941|Reply: 0

Darren tak gusar tandus gol

[Copy link]
Post time 12-3-2024 01:58 PM | Show all posts |Read mode

Darren sekadar meledak satu gol pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

KUALA LUMPUR: Meskipun baru meledak satu gol pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, penyerang negara, Darren Lok enggan terlalu memikirkan rekod kurang memberangsangkan itu ketika penyokong mengharapkan lebih banyak gol daripadanya.

Penyerang yang beraksi bersama Sabah FC dalam kancah domestik itu menjelaskan dia hanya fokus untuk menjalankan tugasnya di atas padang dan melakukan yang terbaik setiap kali diberi kepercayaan untuk mengemudi jentera serangan.

Tegasnya, jumlah jaringan peribadi bukan menjadi keutamaan kerana baginya, lebih penting adalah dapat membantu skuad Harimau Malaya mencatat keputusan positif dalam setiap perlawanan yang dihadapi mereka.

"Saya tahu peranan saya dalam skuad kebangsaan dan tugas saya di sini untuk memberikan yang terbaik untuk pasukan. Asalkan skuad kebangsaan meraih keputusan positif, saya tidak berfikir sangat mengenai jumlah jaringan.



"Kalau kita gagal meraih keputusan yang baik, mungkin ya (berfikir mengenai jumlah jaringan) tetapi bagi saya, saya tidak kisah pun siapa yang menjaringkan gol asalkan ia membantu pasukan.

"Saya faham bahawa penyerang harus menjaringkan gol tetapi saya lebih suka untuk berfikir jika penyokong dapat melihat apa yang saya lakukan di atas padang," katanya.

Di sebalik kurang menjaringkan gol bersama skuad kebangsaan namun kehadiran penyerang berdarah kacukan itu amat penting memandangkan dia begitu rajin untuk menekan pertahanan lawan di dalam kawasan lawan.

Buktinya, tekanan yang dilakukan ke atas pertahanan Korea Selatan pada aksi Piala Asia 2023 membuka ruang untuk menjaringkan gol penyamaan pada perlawanan yang berakhir dengan keputusan 3-3 itu.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ak-gusar-tandus-gol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.053986 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list