CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4729|Reply: 0

[Kelantan] Jambatan zaman British lebih 100 tahun dikhuatiri boleh roboh

[Copy link]
Post time 12-3-2024 11:04 AM | Show all posts |Read mode

Jambatan Gantung Sultan Ismai yang dibina sekitar 1920-an, menghubungkan Kuala Krai dengan Kota Bharu, pernah menjadi nadi pengangkutan darat untuk rakyat melakukan urusan harian. - Foto BERNAMA

KUALA KRAI: Jambatan Gantung Sultan Ismail, di sini yang dibina sekitar 1920-an, menghubungkan Kuala Krai dengan Kota Bharu, pernah menjadi nadi pengangkutan darat untuk rakyat melakukan urusan harian.

Meskipun tidak digunakan lagi sejak 1986 setelah jambatan baharu dibina bersebelahan, tetapi jambatan yang turut dikenali sebagai Gertak Gantung Sungai Nal oleh masyarakat setempat itu masih gah berdiri sebagai mercu tanda warisan kebanggaan rakyat Kelantan.

Namun, selepas lebih 100 tahun, jambatan dengan seni bina Eropah dan dibangunkan semasa penjajahan British itu, mungkin tidak bertahan lama kerana dikhuatiri akan runtuh bila-bila masa.

Tinjauan Bernama di jambatan sepanjang 21 meter dan lebar sembilan meter itu, mendapati terdapat beberapa kesan retakan pada struktur binaan dan berlaku hakisan tanah di kawasan berhampiran.


Penduduk, Siti Faezah Ab Manaf, 33, berkata sekiranya tiada langkah segera untuk membaik pulih jambatan yang merentangi Sungai Nal itu, kemungkinan besar akan berlaku perkara yang tidak diingini sekali gus melenyapkan satu daripada peninggalan warisan sejarah di Kelantan.

"Semestinya kita rasa bimbang dan takut jika jambatan ini runtuh sebab ia adalah antara lambang seni bina zaman British di negeri ini.



Jambatan Gantung Sultan Ismail tidak digunakan lagi sejak 1986 selepas jambatan baharu dibina bersebelahan. - Foto BERNAMA



Jambatan yang juga dikenali sebagai Gertak Gantung Sungai Nal didapati mempunyai beberapa kesan retakan pada struktur binaannya. - Foto BERNAMA

"Pihak bertanggungjawab perlu segera ambil langkah sewajarnya untuk pastikan jambatan gantung ini terus dipelihara dan dilindungi supaya generasi akan datang tahu mengenai kewujudan jambatan bersejarah ini," katanya kepada Bernama, semalam.

Bagi Mohamad Harithah Zuhal, 32, yang menetap di Selangor, setiap kali pulang bercuti ke kampungnya di Tumpat, beliau selalu menggunakan jalan bersebelahan jambatan itu yang menurutnya melahirkan rasa bangga apabila melihat khazanah negara itu masih tersergam indah.

"Bagaimanapun, pada minggu lalu ketika saya melalui jalan terbabit, saya dapati beberapa bahagian struktur binaan jambatan itu sudah retak dan seolah-olah seperti mahu runtuh.

"Jika benar berlaku retakan atau hakisan tanah di kawasan terbabit, pihak berwajib perlu segera ambil tindakan supaya jambatan ini tidak lenyap dalam lipatan sejarah negeri," katanya.



Jambatan ini yang menjadi lambang ikonik reka bentuk seni bina Eropah semasa penjajahan British di negara ini, mungkin tidak bertahan lama kerana dikhuatiri akan runtuh bila-bila masa sahaja jika tidak diselamatkan segera. - Foto BERNAMA

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, perbincangan bersama pegawai Majlis Daerah Kuala Krai sudah dilakukan sejak empat bulan lalu untuk membaik pulih jambatan berkenaan.

"Kita sedang menunggu maklum balas daripada pihak Majlis Daerah Kuala Krai untuk mengetahui punca dan kos yang diperlukan untuk baik pulih jambatan ini.

"Kami akan pastikan jambatan berusia lebih 100 tahun ini terus dipelihara dan menjadi antara kawasan daya tarikan untuk dikunjungi pelancong tempatan dan luar negara ke negeri Kelantan," katanya. - BERNAMA



Jambatan sepanjang 21 meter dan lebar sembilan meter itu mendapati terdapat beberapa kesan retakan pada struktur binaan dan berlaku hakisan tanah berhampiran jambatan yang merentangi Sungai Nal itu. - Foto BERNAMA


Jambatan Gantung Sultan Ismai yang dibina sekitar 1920-an, menghubungkan Kuala Krai dengan Kota Bharu, pernah menjadi nadi pengangkutan darat untuk rakyat melakukan urusan harian. - Foto BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berit ... huatiri-boleh-roboh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.047963 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list