CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4337|Reply: 0

[Perak] Guna sabit kait sawit bunuh abang, kakak ipar

  [Copy link]
Post time 12-3-2024 10:44 AM | Show all posts |Read mode

Chee Kooi Heng, 63, dituduh membunuh abang dan kakak iparnya menggunakan sabit pengait sawit di Mahkamah Majistret Seri Manjung, di sini, hari ini.

MANJUNG: Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh abang dan kakak iparnya menggunakan sabit pengait sawit, minggu lalu.

Tertuduh, Chee Kooi Heng, 63, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret, Nurul Izalina Rajaai.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, pekebun sawit itu dituduh dengan niat telah membunuh Chee Khoi Sia, 74, dan Koh Eng Lai, 70, di dalam ladang kelapa sawit Lot 3332 Mukim Pengkalan Baharu, dekat Pantai Remis, di sini antara 3 petang hingga 3.30 petang, 5 Mac lalu.



Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hairol Jemain manakala tertuduh diwakili peguam, CC Keong.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah dilaporkan berkata, pergaduhan kerana berebut harta dipercayai menjadi punca lelaki warga emas terbabit sanggup membunuh abang dan kakak iparnya menggunakan sabit pengait sawit.
https://www.bharian.com.my/berit ... uh-abang-kakak-ipar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.048638 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list