CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4338|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Doktor klinik swasta tak mengaku cabul staf sendiri

  [Copy link]
Post time 12-3-2024 10:43 AM | Show all posts |Read mode

Tertuduh, Dr Mohamad Amin Razaly, 36, ketika menghadiri pertuduhan di mahkamah hari ini.

JEMPOL: Seorang pengamal perubatan swasta di Bandar Baru Serting dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bahau di sini hari ini, atas dakwaan mencabul seorang kakitangan wanitanya.

Bagaimanapun tertuduh, Dr Mohamad Amin Razaly, 36, dari Batu Kikir, tidak mengaku bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret, Norshazwani Ishak.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati mencabul mangsa berusia 25 itu di dalam bilik rehat tingkat atas klinik berkenaan dengan memegang tangan mangsa dan meletakkan pada kemaluannya.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada jam 10.30 malam 19 Februari lalu.



Oleh yang demikian tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farahidah Zool, kemudiannya menawarkan jaminan RM10,000.

Tertuduh yang belum diwakili peguam bela, dalam rayuan turut meminta jaminan dikurangkan atas alasan terputus punca pendapatan apabila kliniknya tiada pesakit datang, selain perlu menanggung komitmen bayaran kepada pembekal ubat-ubatan

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diberi jaminan RM5,000 serta syarat tambahan tertuduh dan ahli keluarga dilarang mendekati mangsa sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 24 April ini bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.
https://www.bharian.com.my/berit ... aku-cabul-staf-send

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.079745 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list