CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6444|Reply: 54

Baru clash...aku lak ade kanser :( sbb itukah aku ditinggalkan?

[Copy link]
Post time 8-3-2011 08:32 PM | Show all posts |Read mode
mlm td kawan baik aku msg aku...
ckp pakwe aku mntk putus ngn aku...alasannya sbb xdpt luangkan masa untuk aku...
sedihnya....bila putus tiba2 mcmni....
aku bgtau kawan baik aku...terima kasih sbb tolong sampaikan pesanan pakwe aku...
aku teringin nak penjelasan dr pakwe aku...tp bila pk balik,dah orang xnak lg,aku diamkan diri ajela...
bila buka fb td,tgk ada msg dr pakwe aku tu...

msg dia...
"maafkn abg sygku...;'(
abg mmg sygkn syg...tp abg trpkse wt kputusan trbaik utk syg...syg cari la org yg lbih baik n jujur pd syg...yg slalu dpt brhubung gn syg...yg pndai jge hati syg...

abg ni hnya manusia biasa yg terlalu byk kelemahannya...x ada 1 pn klebihan pd diri abg ni...yg abg tau hnya marah syg je....syg byk mnangis n makan ati krana abg...;(((

kptusan yg abg buat ni ikhlas bkn krana abg ada org lain...tp utk kbaikan syg....abg akan doakn smoga syg chat wlafiat n akan brtemu org yg lbih baik dr abg....."


pastu dlm hp dpt lg 2 msg dr pakwe aku...skrg aku dh off hp...sbb kecewa sgt2...aku sedih....xnak baca msg dia lg...lg 1 aku tgh bertarung dgn penyakit kanser...kdg2 aku terpikir,sbb aku sakit ke dia tinggalkan aku??dia dh byk habiskan duit kat aku...2 minggu skali,akan travel dr kuantan-kl untuk dtg jumpa aku....tp bila ditinggalkan mcmni...aku rasa sebak....

patutke aku msg tnya dia balik?@ terima je keadaan semua ni....kdg2 bila aku tgh sakit,aku cpt merajuk jgk...pastu aku akan mntk maaf balik...aku cuba xnak pk n layan perasaan ni sgt...nak jaga kesihatan aku...xmo stress2....kang merebak lak kanser aku ni....tp bukan semudah tu untuk lalui semua ni....sedihnya...xtau nak cakap mcmana....aku cuba xnak nangis...tp nangis jugak....bodohla airmata ni...aku dah ckp jgn kuar...tp dia kuar jgk....:cry: :cry: :cry:  eeee serabut sangat2...aku leh lalui sakit fizikal akibat kemoterapi...tp napela mcm susah sgt nak lalui sakit emosi akibat perpisahan....:cry: :cry:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2011 08:37 PM | Show all posts
kanser ape nie?? harap bertabah k
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 08:50 PM | Show all posts
Kekuatan Jiwa adalah intipati kejayaan dalam mengharungi kehidupan yang serba Mencabar Jiwa....Ingat satu.....Cinta antara manusia tak ada yang KEKAL....Awak harus Tabah...Tiada teman lelaki tak semestinya dunia kita terus karam dengan AIRMATA.....Terlalu mahal Dek...Setiap dugaan itu ialah permulaan sebuah kehidupan yang lebih baik...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 09:11 PM | Show all posts
Nina... setiap benda yang terjadi pada diri kita ada kebaikannya.. mungkin pada waktu ini kita  tak begitu menyedarinya... lama-lama nanti kita akan tahu... sememangnya susah untuk nak melupakan seseorang yang pernah bertahta di hati.. kita tak akan dapat melupakannya dalam sekelip mata... hanya masa yang akan merawat luka...

Nina pasti akan menjadi seorang yang lebih tabah dalam menjalani masa-masa yang akan datang  InsyaAllah... banyak-banyakkan berdoa...

Mungkin tiada jodoh antara Nina dan dia... mana tahu suatu hari nanti Nina kan bertemu dengan  orang yang lebih baik...

Harapkan Nina lebih tabah...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 09:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by HAHA93 at 8-3-2011 21:15

bwk bersabar byk2....dugaaan tu....
tatau nk kata ape dah,semoga tt kuat kan semangat...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 09:21 PM | Show all posts
Reply 1# Nina_Carina

Nina cancer apa n stage brapa dh skg?..bertabahlah..awk masih ada fmly yg sgt3 sygkn awk dan smestinya yg Esa utk melepaskn segala perasaan..tenangkan fkiran dulu,nanti bila dh stabil sikit emosi boleh la tnya pakwe sbb utama dia mntk putus sbb awk ckp dlu dia sanggup travel smata2 nk jmpa awk kan..nmpk keikhlasan dia jugk dulu tu..
yg selebihnya,dekatkn diri pd yg maha Esa sbb Dia lah tempat terbaik utk segala sesuatu..cancer bukan penyakit maut..ada yg boleh survive..
apa pun tt,bertabahlah..ada hikmah disebalik kejadian...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2011 09:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by mziskandar at 8-3-2011 21:33

kalau org dah x nak, x yah aa pikir2 lagi..
lebih baik dia bagi tau. so tt dah tau.

lelaki nie simple. kalau dia bagitau, itulah maksud sebenar dia. x de nak cover2. 100% dah x mo kat tt

kalau dia cover2, bermakna dia masih belum buat keputusan. masih ada % untuk dia nak kat tt..
cara pengiran % samaada dia nak atau x nak = 1/(jumlah gelpren) *100
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 09:39 PM | Show all posts
Semoga tabah....buat masa sekarang, tenangkan fikiran dulu & cuba fokus dgn treatment dulu...jgn stresskan diri, treatment utk kanser kan byk side effect, so, kalo stress, lagi la teruk nnti side effect tu....xpe, bagi 2-2 pihak utk tenangkan fikiran...bila TT dah tenang nanti & bila bf TT dah tenang, TT tnya dia sebab apa mntak putus....xde masalah yg xde jalan penyelesaian..insyaALLAH, setiap yg berlaku tu ALLAH datangkan dgn hikmah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2011 09:46 PM | Show all posts
semoga kuat semangat...InsyaAllah akan dpat pengganti yg lebih baik...baik tumpukan dulu pada kesihatan ko..jgn sebab hal putuih cinta wat ko patah semangat pulak...


Frust dalam Bercinta
Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,“sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.” Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.

Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai.  Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:

“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”



Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang: “Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya.” Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali.

(Ingat senikata lagu: Oh, Tuhanku kau cabutlah nyawaku). Buruk sekali keadaan orang yang ‘frust’ dalam bercinta. Inilah salah satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani ‘memperkosa’ kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.

Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi. Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?

Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang ‘syok’ bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).

Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.

Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah,  ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”

Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat. Segala kata pengukuhan telah diberikan.

Kita rasa dialah terbaik untuk kita (you are the answer of my prayer). Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah. Waktu itu kita terhenyak lalu berkata, “mengapa aku terpaksa menanggung derita ini.”Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik, ter… ter… segala-galanya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruhnya. Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata, “ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?”

Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah. Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang pergi (merak kayangan). Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada… kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, “Tuhan ada!” Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!

Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya ‘terpaksa’ bercinta dengan Allah. Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.

Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati.

Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, “mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya.” Cubalah fikirkan… siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir…

Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir… barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, “Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!” Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan. Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!

nukilan: genta-rasa.com
Artikel Motivasi Pembangun Jiwa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 09:54 PM | Show all posts
dah org tak sudi..biar jelah. menangis pun tak guna. bukan tak boleh menangis..tp jgn biarkan diri hanyut dlm kesedihan. tt kena berubat dulu..kanser tak boleh buat main2. harap tabah yer..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2011 12:01 AM | Show all posts
sedihnya kisah TT...

saya ada gak dulu kawan lelaki yg kanser, dia bertunang atas pilihan keluarga, tp pastu pihak perempuan putuskan pertunangan disebabkan kanser dia ni la..

tp skang saya dgr cerita kawan saya tu pun dah ada pengganti lain..

TT jgn sedih sgt, mmg dia bukan jodoh TT.. cepat / lambat, akan ada lelaki yg lebih baik utk TT..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2011 12:02 AM | Show all posts
TT ni sakit kanser pewot ke?.. lebey kurang cam benang sebelah je...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2011 12:04 AM | Show all posts
me rasa u patut bersyukur sbb sekadar bf gf aje..
lebih baik putus sekarang dr kahwin lepas tu u sakit,
laki melarikan diri tak mau bersama sama hadapi apa u ada...

tapi cam minggu ni, minggu kanserlah pulak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2011 12:46 AM | Show all posts
Kekuatan Jiwa adalah intipati kejayaan dalam mengharungi kehidupan yang serba Mencabar Jiwa....Ingat ...
adorable10 Post at 8-3-2011 20:50



    terima kasih...sy terlalu kuat sampaikan kekuatan yg sy ada telah melemahkan sy kembali ;-(
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2011 12:47 AM | Show all posts
Reply 4# zadzamusa


    thanks...tetapi di saat keadaan sy mcmni,sy sgt memerlukan dia....
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2011 03:31 AM | Show all posts
1st sy doakan nina sembuh, n tabah hadapi dugaan penyakit masalah n sbagainya... 4 me kan, ape je alasan yang ex u bg i xkan terima..cinta bukan untuk waktu senang waktu hepi..cinta sama2 susah sama2 harung ape je yang jadi. ape msalah die klu terus dgn nina??? alasan je sume tu...n die tibe2 mtk clash through ur fren..bukan lelaki la tu...swuh die potong die nyer %^$%$^:@...now nina sabar..mudah sgt kan sy ckap swuh sbar..tp pcye la tuhan x zalim dengan hambanya... ujian tu dtg setimpal dgn kemampuan nina... hidup ni mcm roda..once kite hancurkan hati orang esok lusa dapat balik balasan... nina senyum,buang mamat tu jauh2...cube lupakan die..pling senang back to basic..kembali pada penyelesai segala masalah.doa n mtk tlg padaNYA..nasihat untuk diri sy jugak yang penuh kelemahan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2011 08:35 AM | Show all posts
sedehnye cita ko~

bertabah lah TT...ko harus tabah....ko akan jumpa orang yg boleh bersama ko...susah or senang~
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2011 11:56 AM | Show all posts
maafkn abg sygku...;'(
abg mmg sygkn syg...tp abg trpkse wt kputusan trbaik utk syg...syg cari la org yg lbih baik n jujur pd syg...yg slalu dpt brhubung gn syg...yg pndai jge hati syg...


kalo betul2 sayang,takkan tinggalkan kot
yela,dah sayang,so mestilah nak sentiasa ada n bersama selalu n kawen.
alasan camni kekadang kelakar lak.
nak sangat ikut peribahasa yang kalo sayang,tinggal2kan.

laki tu pun satu.kalo taknak,cakap je la alasan yang sebenar.
berkias mende2 kelakar serabut ni memang tah pape.
tapi papepun TT,dia dah takmau.tak usah harapkan dia lagi.
untuk keadaan sekarang ni,luangkan masa dengan kawan2 sekeliling dan family je.
hargai mereka yang menghargai TT.

saya pun menghargai TT
nak pesbuk
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2011 12:03 PM | Show all posts
Tuhan lebih sayangkan TT drpd org lain.. sbb tu TT dapat ujian ni. bykkan bersabar ek..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2011 01:20 PM | Show all posts
semoge TT sentiase tabah n kuat utk melawan kanser n sakit putus cinta ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.469698 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list