CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7641|Reply: 0

Oman dianggap lawan misteri - Mukhairi

[Copy link]
Post time 11-3-2024 05:21 PM | Show all posts |Read mode

MUKHAIRI (kanan) menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya di Wisma FAM menjelang perlawanan timbal balik menentang Oman pada 21 dan 26 Mac ini. FOTO FB FAM

Kuala Lumpur: Pemain muda negara, Mukhairi Ajmal Mahadi mahu skuad Harimau Malaya lebih berwaspada memandangkan Oman ketika ini dianggap sebagai lawan 'misteri' selepas mendapatkan khidmat jurulatih baharu dari Republik Czech, Jaroslav Silhavy bagi meneruskan kempen di pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

Pengendali berusia 62 tahun itu menggantikan jurulatih dari Croatia, Branko Ivankovic yang dipecat Persatuan Bolasepak Oman (OFA) susulan keputusan mengecewakan apabila tersingkir di peringkat kumpulan di pada Piala Asia 2023 di Qatar, Januari lalu.

Mukhairi berkata, pemain Harimau Malaya tidak perlu terlalu berhati-hati atau menghormati lawan kerana dibimbangi tindakan itu akan memerangkap mereka kelak.

"Berdasarkan apa yang jurulatih maklumkan kepada kami, ketika ini tidak banyak maklumat diketahui mengenai corak permainan Oman.



"Oleh itu, kami perlu fokus apa yang ditunjukkan oleh jurulatih pada setiap latihan dan lebih bertanggungjawab dalam usaha mengekalkan prestasi.

"Ketika ini, saingan liga di negara terbabit masih lagi berlangsung, sekali gus memberi kelebihan kepada mereka untuk mengekalkan prestasi," katanya ketika ditemui di kem latihan pusat Harimau Malaya di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semalam.

Sebagai rekod, skuad bimbingan Kim Pan-gon akan menentang Oman di Muscat terlebih dahulu pada 21 Mac sebelum menentang lawan sama di Stadium Nasional Bukit Jalil, lima hari kemudian.

Pada masa sama, pemain tengah berusia 23 tahun itu mengakui dia tidak berdepan masalah untuk menyesuaikan diri dengan intensiti latihan di kem skuad kebangsaan meskipun sudah berehat panjang susulan rehat liga ketika ini.

"Terdapat beberapa perbezaan berbanding corak latihan terdahulu, namun bagi saya semuanya bagus demi mengekalkan momentum pasukan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... an-misteri-mukhairi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.048342 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list