CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3500|Reply: 0

[Melaka] Murid tahun satu terima BAP RM150 minggu ini

[Copy link]
Post time 11-3-2024 03:57 PM | Show all posts |Read mode

AZMAN pada lawatan kerja sempena pembukaan sekolah sesi akademik 2024/2025 di Sekolah Kebangsaan (SK) Merlimau Dua di sini, Melaka.

JASIN – Seramai 447,982 murid tahun satu di seluruh negara akan menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 bermula minggu ini.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, bantuan itu akan diagihkan di 8,903 buah sekolah melibatkan jumlah peruntukan bernilai RM67,197,300.

“Data murid tahun satu sudah ada dalam sistem, jadi ibu bapa boleh datang ke sekolah bertemu dengan guru besar atau sekolah untuk mendapatkan BAP.

“Peruntukan keseluruhan untuk tahun satu adalah sebanyak RM67,197,300 melibatkan 8,903 sekolah di seluruh negara,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja sempena pembukaan sekolah sesi akademik 2024/2025 di Sekolah Kebangsaan (SK) Merlimau Dua di sini, hari ini.

Katanya, peruntukan sebanyak RM702 juta daripada keseluruhan RM788 juta telah selesai diagihkan kepada murid tahun dua hingga pelajar tingkatan lima.

Dalam pada itu Azman berkata, seramai 3.65 juta juta murid dan pelajar kumpulan B memulakan sesi persekolahan hari ini.

Jelasnya, ia membabitkan Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... p-rm150-minggu-ini/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.049092 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list