CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9305|Reply: 0

[Perak] Lampu terpadam, berkelip-kelip sebelum kebakaran

[Copy link]
Post time 11-3-2024 10:21 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia giat melakukan kerja-kerja memadam api di Pasar Raya Besar Mydin Manjoi. FOTO Bernama

Ipoh: Lampu di sebahagian tingkat dua terpadam manakala sebahagian lain berkelip-kelip sebelum turut terpadam.

Kata pengawal keselamatan di pasar raya besar Mydin di Kampung Manjoi, di sini ketika menceritakan detik kebakaran yang berlaku kira-kira 6.50 petang, semalam.

Beliau yang enggan namanya didedahkan berkata, keadaan itu menyebabkan pasukan juruteknik penyelenggaraan premis itu ditugaskan untuk mencari punca situasi lampu terpadam dan berkelip.

Katanya, pemeriksaan mendapati nyalaan api di kawasan stor di tingkat dua pasar raya itu.



Menurutnya, pihak pengurusan pasar raya kemudian segera mengarahkan pengunjung mengosongkan pasar raya, selain menghalang pelanggan baru memasukinya.



ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia giat melakukan kerja-kerja memadam api di Pasar Raya Besar Mydin Manjoi. FOTO Bernama

"Dalam tempoh 15 hingga 20 minit kemudian selepas semua berjaya keluar, barulah api kelihatan mula membakar bangunan pasar raya.

"Kebakaran turut disusuli bunyi letupan," katanya ketika ditemui di luar perkarangan pasar raya itu malam ini.

Sementara itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysian (JBPM) Perak, Sayani Saidon ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 7.09 malam.

Katanya, maklumat awal yang diterima memaklumkan terdapat kepulan asap kelihatan keluar dari bilik papan suis utama pasar raya itu yang berada di tingkat dua.

Susuan itu, katanya, pihak pengurusan mengambil tindakan mengosongkan pasar raya dengan segera.

Sayani berkata, operasi pemadaman api dijangka memakan masa kerana terdapat banyak bahan yang dikategorikan sebagai 'fire load' atau muatan api.

"Ia membantu kemarakan api seperti bahan fabrik kain baju, perkakasan elektrik, serta bahan yang disimpan dalam stor, selain panel solar yang turut menjana tenaga elektrik untuk premis terbabit.

"Operasi pemadaman turut berdepan kesukaran kerana berlaku runtuhan struktur yang rapuh akibat dimamah api hingga menyebabkan operasi pemadaman sukar dijalankan secara 'offensive'.

"Kita turut menggunakan jentera Aerial Ladder Platform (ALP) iaitu pemadaman daripada kawasan atas bumbung secara defensif," katanya.



ORANG ramai melihat kebakaran api di Pasar Raya Besar Mydin Manjoi, malam ini FOTO Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Beliau berkata, pada awalnya, pihak bomba berjaya mengawal kebakaran di bahagian atas sekitar kadar 40 peratus.

Sayani berkata, disebabkan itu pihaknya menukar strategi dengan menghantar seramai 10 anggota masuk daripada bahagian belakang bangunan pasar raya itu bagi melakukan pemadaman api daripada dalam.

Bagaimanapun katanya, ketika operasi pemadaman, berlaku runtuhan yang mana bahagian kanan bangunan membabitkan dinding atas runtuh sepenuhnya.

"Pasukan pemadaman segera diarahkan keluar demi keselamatan mereka sendiri.

"Jadi strategi disusun semula agar kita 'serang semula' secara defensif memandangkan keadaan sekarang struktur bangunan yang tidak selamat untuk anggota kita masuk.

"Ia kerana struktur khususnya bahan besi yang semakin rapuh selain faktor pencahayaan yang gelap," katanya.

Sayani berkata, keseluruhan sebanyak 123 keanggotaan membabitkan pelbagai agensi termasuk 70 anggota dan pegawai bomba, 22 polis serta anggota dari Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM), Lembaga Air Perak (LAP), dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) ditugaskan bagi operasi pemadaman itu.

Sehingga jam 12.55 tengah malam ini, pihak bomba masih memadamkan kebakaran dan ia dianggap sudah terkawal.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... p-sebelum-kebakaran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.131921 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list