CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9258|Reply: 0

[Perak] Mayat bayi perempuan baru lahir dicampak dalam parit

[Copy link]
Post time 11-3-2024 10:15 AM | Show all posts |Read mode

MAYAT bayi perempuan disyaki baru dilahirkan dijumpai di dalam parit berhampiran tapak pembinaan Hospital Seri Iskandar di Parit hari ini.

PARIT – Mayat seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan dijumpai di dalam parit berhampiran tapak pembinaan Hospital Seri Iskandar, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, maklumat penemuan bayi itu dilaporkan kepada pihak polis pada pukul 3.15 petang.

Katanya, mayat bayi malang itu dijumpai dalam keadaan tanpa pakaian dengan tali pusat yang disyaki telah dipotong.

“Mayat bayi itu ditemui tenggelam di dasar parit. Pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kecederaan luar ditemui pada fizikal mangsa.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Changkat Melintang di Bota untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Zulkarnaiin Jusoh di talian 013-9740294,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... campak-dalam-parit/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.433108 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list