CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25825|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mapim sasar kumpul RM1 juta bantu 50 keluarga di Gaza

[Copy link]
Post time 10-3-2024 06:47 PM | Show all posts |Read mode
Mapim sasar kumpul RM1 juta bantu 50 keluarga di Gaza

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

10 Mac 2024 06:02pm








Ahli NGO yang terlibat dalam menjayakan Program Keluarga Angkat Gaza pada Ahad.




GEORGE TOWN - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) yakin dapat mengumpul sumbangan RM1 juta sepanjang Ramadan bagi disalurkan kepada 50 keluarga di Gaza menerusi Program Keluarga Angkat Gaza.

Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, program berkenaan turut mendapat kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain seperti Yayasan Nurul Islam (YNI); Central Muslim Soceity (CMS) dan Pertubuhan Kebajikan Jalan Kedah.



Menurutnya, idea untuk menganjurkan program amal itu terhasil selepas NGO terbabit bercadang mewujudkan hubungan akrab antara rakyat di negara ini dengan penduduk Gaza selain menghulurkan bantuan.

"Kita percaya hubungan jangka panjang akan membolehkan rakyat Malaysia menghulurkan sumbangan lebih proaktif kepada mereka yang terjejas akibat serangan di Gaza.



“Bagi fasa pertama ini, kita sudah kenal pasti 50 keluarga dengan bantuan sekretariat di sana dan sumbangan yang dihulurkan keluarga di sini (rakyat Malaysia) akan diberikan kepada mereka mengikut pecahan keluarga," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran Program Keluarga Angkat Gaza di Jalan Transfer di sini, pada Ahad.

Mohd Azmi berkata, walaupun program berkenaan baharu dilancarkan, pihaknya sudah ada kutipan sumbangan yang dibuat dan dijangka kutipan fasa pertama ini akan diserahkan pada minggu kedua Ramadan.

Jelaanya, keluarga yang menyumbang akan berhubung dengan keluarga di Gaza dengan bantuan sekretariat untuk mengetahui perkembangan di sana sekali gus mengeratkan silaturahim.

Dalam pada itu, Mohd Azmi meminta umat Islam di negara ini untuk bersikap bersederhana ketika berbuka puasa (iftar) dengan mengingati ramai penduduk Gaza berada dalam keadaan kebuluran.




“Semua kita teruja nak melangkah masuk ke bulan Ramadan sama juga dengan mereka di Gaza meskipun keadaan sangat getir tanpa bekalan makanan.

“Bayangkan kalau harga iftar hotel atau mana-mana lokasi kira-kira RM90 bagi seorang itu disumbangkan kepada penduduk Gaza, semestinya ia tidak dapat dibandingkan," katanya.




Sementara itu, Pengerusi YNI, Dr Shaik Abdullah Hassan Mydin berkata, bagi Pulau Pinang, pihaknya telah berjaya mengumpul dana bagi 20 keluarga setakat ini.

“Setiap keluarga akan menerima satu borang yang mana minimum sumbangan berjumlah RM500 bagaimanapun jika mereka tidak mampu keluarga tersebut boleh bergabung dengan keluarga lain untuk melengkapkan jumlah sumbangan.

“Sumbangan itu terpulang takat mereka mampu cuma kita minta mereka isi sebagai sebuah keluarga bagi membolehkan mereka berhubung dengan keluarga angkat atau keluarga yang mereka bantu di Gaza," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.050887 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list