CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27427|Reply: 0

[Melaka] Lelaki temui ajal langgar belakang jengkaut

[Copy link]
Post time 10-3-2024 05:14 PM | Show all posts |Read mode

RUVENDRAN maut di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan kaki kirinya.

MELAKA – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang dia tunggang melanggar sebuah jengkaut di Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin (AMJ) di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.35 pagi itu, mangsa, B. V. Ruvendran, 29, yang bekerja di kedai aksesori kereta meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, nahas berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dalam perjalanan dari arah Kandang ke Merlimau.

“Setiba di lokasi, si mati bagaimanapun telah melanggar bahagian belakang sebuah jengkaut dan terjatuh di lorong kanan jalan.

“Akibat kemalangan itu, si mati mengalami kecederaan parah di kepala serta kaki kiri dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan,”katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ujarnya, setakat tiada rakaman televisyen litar tertutup di temui di kawasan berhampiran kejadian atau saksi bebas yang tampil.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Forensik untuk proses bedah siasat bagi dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... -belakang-jengkaut/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.201630 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list