CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28621|Reply: 0

[Sarawak] Nur Syakura johan qariah lima kali mahu harumkan nama Sarawak di pentas kebangsaan

[Copy link]
Post time 10-3-2024 04:05 PM | Show all posts |Read mode


Toh Puan Fauziah (kiri) menyampaikan hadiah kemenangan kepada Nur Syakura disaksikan Dayang Morliah (tiga kiri) dan tetamu kenamaan lain.

LIMBANG: Johan Qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Sarawak Kali Ke-63 Nur Syakura Mohamad Musa, 29, mahu menjadikan kemenangan kelimanya untuk mengharumkan nama Sarawak di pentas kebangsaan kelak.

Jelasnya ia merupakan kemenangan kali kelima dalam pertandingan berprestij itu bermula pada 2017 sehingga kini sejak menyertai pertandingan sama pada 2014.
"Kemenangan ini adalah peluang sekali lagi kepada saya untuk membawa nama Sarawak ke peringkat kebangsaan.

"Mudah-mudahan peringkat kebangsaan kali ini saya akan dapat mengharumkan nama Sarawak,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Sarawak Kali Ke-63 pada malam tadi.

Jelasnya, beliau akan mengasah lagi bakat dan kemahiran dalan aspek pembacaan bersama gurunya meskipun menguasai kedudukan juara selama lima tahun berturut-turut.

“Fokus adalah terhadap latihan iaitu dari segi bacaan, memperbanyakkan talaqqi dan berjumpa dengan guru kerana cabang ilmu al-Quran memang memerlukan usaha yang lebih.

“Ilmu yang kita belajar ini bukannya mudah tetapi menerusi ilmu ini, ia akan jadi syafaat di hari akhirat kelak,” ujarnya.

Katanya pemilihan Limbang sebagai tuan rumah juga memberi kelebihan kepadanya untuk mendalami lagi latihan sehingga diumum juara pada pertandingan itu.


Tun Wan Junaidi (tiga kiri) dan isteri Fauziah menyerahkan hadiah johan qari kepada Ahmad Mukhlis, disaksikan Awang Tengah (kiri).

Sementara itu johan qari, Ahmad Mukhlis Yahya berkata, istilah tidak putus asa untuk mengenggam juara setelah lapan kali mencuba sejak 2016 berbaloi dengan kemenangan yang digenggamnya.

“Saya memang kena kuatkan semangat sebab nak bangkit daripada kegagalan, perlu kuatkan mental dan tambah baik latihan.

“Kekuatan mental penting kerana di atas pentas macam-macam boleh berlaku kepada peserta macam saya, jadi saya perlukan kekuatan itu untuk kekal tenang semasa memperdengarkan bacaan,” katanya.

Selaku johan qariah dan qari, Nur Syakura dan Ahmad Mukhlis membawa pulang wang tunai RM10,000, pakej umrah, piala pusingan dan iringan serta sijil.
Kedua-dua mereka akan mewakili Sarawak dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan nanti.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohamad Sanusi.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta isteri Datuk Dayang Mordiah Datuk Awang Daud, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Imam Besar Sarawak Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi yang bertindak sebagai Pengerusi Jemaah Hakim majlis itu dan kenamaan lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.151853 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list