CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25894|Reply: 0

[Sabah] 125 asnaf dibantu menerusi program 'Back To School' anjuran MUIS Bahagian Zakat dan Fitrah

[Copy link]
Post time 10-3-2024 04:01 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Arifin merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian asnaf yang dibantu dalam program 'Back To School' anjuran MUIS Bahagian Zakat dan Fitrah.

BEAUFORT: Seramai 125 asnaf dari Membakut, Bongawan dan Beaufort dibantu menerusi 'Program Back To School' anjuran Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Bahagian Zakat dan Fitrah yang diadakan di salah sebuah pasaraya, dekat sini pada Sabtu.

Golongan asnaf yang terlibat dalam program itu tiba di perkarangan pasaraya awal daripada yang dijadualkan kemudian diiringi ke kaunter pendaftaran khas yang dibuka kakitangan MUIS seterusnya ke tingkat satu pasaraya di bahagian kelengkapan persekolahan.

Ibubapa yang hadir bagi menemani anak masing-masing kelihatan amat teruja membantu memilih pakaian sekolah untuk anak mereka yang bakal memulakan sesi persekolahan pada minggu hadapan.

Lebih menggembirakan mangsa kebakaran di Kampung Laut, Bongawan baru-baru ini turut dibantu oleh MUIS Bahagian Zakat dan Fitrah bagi memastikan mangsa terutama mereka yang masih bersekolah mempunyai kelengkapan untuk memulakan sesi persekolahan.


GEMBIRA: Sebahagian asnaf yang telah memilih kelengkapan dan keperluan sekolah menunjukkan barangan yang selesai dipilih mereka dalam program itu.

Sekurang-kurangnya mereka yang ditimpa musibah kebakaran sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang terlibat sekaligus memberi suntikan semangat kepada anak-anak mereka menimba ilmu.

Sebahagian mangsa yang sempat ditemui pada program 'Back To School' itu menyatakan rasa syukur kerana ada pihak seperti MUIS membantu mereka di kala kesusahan dan menzahirkan penghargaan kepada pembayar zakat atas bantuan itu, dalam meringankan bebanan mereka.

Asnaf lain turut memanjatkan kesyukuran kerana buat kali pertama menerima bantuan zakat yang sememangnya banyak membantu mereka, lebih-lebih lagi ketika ini terpaksa berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi termasuklah barang keperluan dan kelengkapan sekolah.

Dalam pada itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Arifin Arif yang juga Exco Agama memberitahu program 'Back To School' yang dilaksanakan MUIS Bahagian Zakat dan Fitrah itu merupakan fasa pertama dan dijangka akan melaksanakan program serupa pada fasa seterusnya.


CARI KELENGKAPAN: Sebahagian ibubapa sedang sibuk mencari pakaian untuk anak mereka semasa berada di pasaraya itu.

Jelas beliau, lebih 1,000 golongan asnaf telah menerima bantuan itu yang melibatkan enam bahagian di Sabah, dengan anggaran perbelanjaan sekitar RM500,000 pada fasa kali ini.

Turut serta menyantuni asnaf sempena program 'Back To School' di Beaufort, Timbalan Yang Dipertua MUIS, Datuk Malai Ali Malai Ahmad bersama-sama pegawai dan kakitangan MUIS Bahagian Zakat dan Fitrah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.834507 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list