|
Sukarelawan melakukan proses pembersihan dan mengemas masjid sempena sambutan Ramadan di Masjid Razaleigh, Gua Musang, hari ini. NSTP/Paya Linda Yahya
GUA MUSANG: Masjid Razaleigh, di sini, memperuntukkan RM100,000 untuk pelbagai aktiviti masjid sepanjang Ramadan, bermula Selasa ini.
Pembantu Hal Ehwal Islam Masjid Razaleigh, Mohamad Hazakrurizan Hanipa, berkata jumlah itu termasuk persediaan dan segala kos utiliti.
"Sepanjang Ramadan, program berbuka puasa akan diadakan untuk masyarakat setempat bermula 1 hingga 27 Ramadan. Kos sepanjang 27 hari ini membabitkan hampir RM19,000.
"Peruntukan RM100,000 ini juga meliputi kos utiliti dan upah penceramah yang dijemput khas. Malah, kami turut menyediakan makanan sahur kepada jemaah yang datang untuk beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan.
"Kami turut bekerjasama dengan Sekolah Menengah (SM) Sains Gua Musang dalam menaja 140 pelajar untuk berbuka dan moreh di masjid ini untuk dua kali seminggu," katanya ketika ditemui di Masjid Razaleigh, hari ini.
Mohamad Hazakrurizan berkata, pada Ramadan kali ini, lebih 3,000 jemaah dijangka hadir bagi menunaikan solat Tarawih.
https://www.bharian.com.my/berit ... m-sepanjang-ramadan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|