CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11173|Reply: 0

Main tak bagus tapi kekal kerana 'kabel'

[Copy link]
Post time 10-3-2024 03:44 PM | Show all posts |Read mode

AZMEER ketika beraksi bersama Kedah. - FOTO NSTP

Kuala Lumpur: "Sebab itu senang untuk pemain yang ada nama dapat kontrak walaupun cedera dan main dah tak bagus."

Itu luahan dan pandangan dari bekas pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Azmeer Yusof mengenai sesetengah pemain yang ada 'kabel' menyebabkan mereka begitu mudah dapat kontrak serta terpilih bersama pasukan meskipun kondisi tidak begitu baik berbanding pemain lain.

Bagi Azmeer, jika pemain itu mempunyai nama serta pernah menyarung jersi Malaysia, peluang untuk berada dalam pasukan cukup tinggi apatah lagi jika pemain itu mengenali rapat seseorang jurulatih itu.

Jelasnya, perkara itu sering terjadi di dalam Liga Malaysia (Liga M) atau dalam bahasa mudah jika seseorang itu mempunyai 'kabel' maka dengan mudah dirinya akan bersama pasukan.



"Liga Malaysia ini macam ini. Kau (pemain) ada nama sikit, kau pernah main kebangsaan walaupun 10 tahun yang lepas kau tetap akan dikenang dan dianggap bagus macam 10 tahun lepas. Sebab tu senang untuk pemain-pemain yang ada nama dapat kontrak walaupun cedera dan main dah tak bagus.

"Lagi, pemain itu sendiri akan menghubungi jurulatih pasukan lain, kenalkan diri dan bla bla bla (bercakap lebih lanjut bersama jurulatih itu). Then insya-Allah akan dapat kontrak kerana jurulatih itu 'kenal' siapa yang call tu.

"Lagi, kawan dalam pasukan tersebut tolong bagi pihak kita untuk dapatkan kontrak. Bagus tak bagus nombor dua, janji sign (tandatangani) kontrak dulu," katanya dalam satu perkongsian di Facebook rasminya baru-baru ini.

Terdahulu, bekas pertahanan kanan KDA FC itu menjawab persoalan yang di tanya kepada dirinya berkenaan terdapat seorang pemain yang mengalami kecederaan dan berehat hampir setahun ketika bersama pasukan lamanya, masih diberikan kontrak baharu dengan sebuah pasukan ternama di Liga Super.

Namun begitu, dirinya tetap percaya semua yang terjadi itu kerana rezeki dari Allah meskipun dia menggunakan seseorang untuk mendapatkan sesuatu perkara. Melihat situasi itu, Azmeer tetap gusar masa depan pemain muda jika budaya 'kabel' ini diteruskan sekali gus merugikan bakat pemain sedang meningkat naik.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -kekal-kerana-kabel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.050476 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list