CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6907|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Makin ramai sakit ginjal

[Copy link]
Post time 10-3-2024 11:40 AM | Show all posts |Read mode

TERDAPAT banyak kemajuan dalam perawatan perubatan yang mampu mengawal CKD.

Kuala Lumpur: Penghidap penyakit buah pinggang kronik (CKD) direkodkan semakin meningkat dengan hampir 9,500 pesakit baharu didaftarkan memerlukan rawatan dialisis setiap tahun.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kira-kira 4.7 juta individu mengalami CKD setakat ini dan angka berkenaan membimbangkan.

"Bagi mengatasinya, pelbagai langkah penjagaan kesihatan komprehensif diperlukan termasuk strategi membabitkan pencegahan, pengesanan awal, pengurusan faktor risiko yang berkesan serta rawatan yang bertepatan.

"Pada masa ini, terdapat banyak kemajuan dalam perawatan perubatan yang mampu mengawal penyakit kronik serta mengelakkan komplikasi memudaratkan. Bagi penjagaan CKD, kita (Kementerian Kesihatan) menyediakan rawatan yang bertepatan dan bersesuaian," katanya ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di sini, semalam.



Lukanisman berkata, usaha membanteras semua bentuk punca masalah buah pinggang terutama diabetes dan pelbagai penyakit tidak berjangkit juga memerlukan pendekatan yang mampan daripada semua pihak termasuk kerajaan, swasta, industri dan rakyat.

"KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha mencapai matlamat untuk meningkatkan akses terhadap perkhidmatan kesihatan yang optimum dan berkualiti," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -ramai-sakit-ginjal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.078915 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list