CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1615|Reply: 0

[Sabah] Pemilikan Sijil Lot Komuniti Taman-Taman Sabah buka akses kepada bantuan kerajaan

[Copy link]
Post time 10-3-2024 10:56 AM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Ewon bersama penduduk kampung yang hadir pada majlis itu merakamkan gambar kenangan.
KOTA BELUD: Pemilikan Sijil Lot komuniti Taman-Taman Sabah kepada pemilik tanah yang terlibat di Kampung Sayap membuka akses kepada bantuan-bantuan kerajaan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, ia kerana sijil lot itu memberikan keabsahan dari segi perundangan kepada pemilik lot tanah meneruskan aktiviti pertanian di kawasan tanah mereka.

“Sijil lot ini juga penting bagi membolehkan pemilik tanah dalam kawasan Taman-Taman Sabah atau Taman Kinabalu mempunyai akses kepada program-program bantuan kerajaan seperti subsidi pertanian, geran keusahawanan dan lain-lain yang boleh disalurkan kepada pemilikan tanah bergeran.

“Selain itu sijil lot yang diberikan oleh Taman-Taman Sabah boleh diwariskan pemiliknya kepada anak-anak atau cucu-cucu.

“Paling penting penduduk yang terlibat tidak akan dikenakan tindakan undang-undang oleh Taman-Taman Sabah apabila mereka mengusahakan tanah mereka di kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Penyampaian Sijil Lot Komuniti Taman-Taman Sabah, di sini kelmarin.


Ewon berkata, dengan pemberian sijil ini, komuniti akan mendapat faedah, antaranya pemegang sijil mempunyai jaminan hak untuk tinggal dan bercucuk tanam di kawasan yang diberi sijil, kawasan yang diberi permit boleh diwariskan kepada keluarga terdekat dan tidak dikenakan tindakan undang-undang di bawah Enakmen Taman-Taman Sabah 1984 atas kesalahan  menduduki dan mengusaha  dalam kawasan Taman.

“Pemegang sijil ini juga boleh dan layak memohon bantuan subsidi dari mana-mana jabatan atau agensi kerajaan termasuk menubuhkan koperasi bagi tujuan pembangunan sosio-ekonomi komuniti Kampung Sayap,” katanya.

Ewon berharap pemberian sijil lot komuniti itu dapat menjamin masa depan yang lebih baik kepada penduduk kampong dan Taman-Taman Sabah boleh memfokus kepada aktiviti kawal selia pemuliharaan kawasan itu.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah Peter Lintar turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ewon dan semua pemimpin kampong atas kesepakatan menoktakan isu pengurusan tanah di kampung itu.

Belliau berkata, perlaksanaan pengeluaran permit menduduki dan mengusaha dalam kawasan Taman di kampung Sayap bermula sejak  2015.

“Pada tahun 2009, kerja-kerja inventori kebun di dalam Kawasan Taman-Taman  Daratan iaitu Taman Banjran Crocker, Taman Bukit Tawau dan Taman Kinabalu telah dilaksanakan dan siap pada tahun 2010.

“Pada 20 Febuari 2015, Dialog pertama antara komuniti Kg. Sayap dan Pengurusan Taman yang disertai seramai 63 orang komuniti Kg. Sayap.

“Selepas 2015, beberapa siri Bengkel, Dialog dan perbincangan serta lawatan sambil belajar kepada komuniti Kg. Sayap telah diadakan bagi tujuan memberikan pendedahan kepada komuniti mengenai modul pengurusan komuniti dalam Taman-Taman Sabah.

“Setelah sembilan tahun berlalu untuk mencari titik penyelasaian, hari ini kita menoktakan isu pengurusan kebun dalam Taman di Kg. Sayap melibatkan 70 pemegang sijil Lot Komuniti yang melibatkan keluasan Kawasan Taman Kinabalu seluas 210.1 ekar,” katanya.

Beliau berharap penduduk kampung dapat menggunakan sebaiknya lot tanah komuniti itu dengan mengambil kira keperluan pemulihara dan peluang-peluang sektor pelancongan di kampung itu.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.055008 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list