CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1626|Reply: 0

[Sabah] 1,000 murid dari Kadamaian terima bantuan ‘Kembali Ke Sekolah'

[Copy link]
Post time 10-3-2024 10:54 AM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: Para penerima, ibu bapa merakamkan gambar kenangan bersama tetamu kehormat pada majlis itu.

KOTA BELUD: Seramai 1,000 murid dari 21 buah sekolah rendah dan menengah kawasan Kadamaian menerima bantuan keperluan sekolah sempena Program 'Kembali Ke Sekolah' anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Menteri Pembangunan Usahawanan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, daripada jumlah itu seramai 540 murid sekolah rendah dan 460 murid sekolah menengah menerima sumbangan berupa kelengkapan sekolah dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM300,000.

Beliau berharap bantuan seumpama itu dapat meringankan bebanan ibu bapa, berikutan peningkatan kos sara hidup dan membantu murid sekolah memulakan persekolahan baru yang akan bermula Isnin ini.

“Inisiatif ini telah dilaksanakan oleh AIM sejak beberapa tahun lalu untuk membantu menyediakan keperluan anak-anak Sahabat AIM di seluruh negara.

“Saya melihat reaksi ibu-ibu yang mengiringi anak-anak mereka yang menerima sumbangan ini amat gembira dan menyatakan penghargaan kepada AIM kerana membantu mengurangkan kos perbelanjaan membeli keperluan sekolah untuk anak-anak mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Program ‘Kembali Ke Sekolah’ anjuran AIM, di Dewan Terbuka Kadamaian Square, di sini kelmarin.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM, Datuk Seri Syed Hussian Syed Junid dan para pegawai kanan AIM.

Senarai sekolah yang menerima sumbangan Kembali Ke Sekolah ialah SK Gensurai, SK Kelawat, SK Lasau Podi, SK Lasau Tintapon, SK Mengkulat, SK Nahaba, SK Narinang, SK Piasau, SK Pinolobu, Sk Podos, SK Rangalau, SK.Sayap, SK Taginambur, SK Tambulion, SK Tamu Darat, SK Tengkurus, SK Terintidon dan SK Tuguson.

Manakala sekolah menengah yang menerima sumbangan itu ialah SMK Arshad, SMK Narinang dan SMK Tambulion.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.131028 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list