CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1990|Reply: 0

[Sabah] Ketua Bahagian bukan tiket jadi calon PRN: STAR

[Copy link]
Post time 10-3-2024 10:36 AM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Ellron (tengah) ketika dalam majlis itu.

TENOM: Setiap Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Air Sabah (STAR) bukan menjadi tiket untuk untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Timbalan Presiden STAR Datuk Ellron Alfred Angin berkata demikian dalam ucapan merasmikan persidangan agung tri tahunan STAR Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap pada Sabtu.

Katanya, Majlis Tertinggi telah memutuskan bahawa setiap calon yang boleh menang walaupun dia tidak berjawatan dalam bahagian.

Menurutnya, mereka yang terpilih perlu buat kerja peringkat akar umbi disamping menambah keahlian lebih ramai lagi sekiranya STAR DUN Melalap mahu menuntut kerusi Melalap.

"Bagaimana STAR Melalap mahu kerusi kalau tidak ada ahli dan  penyokong.

"Setakat 2,000 orang ahli belum cukup untuk menjadi calon," katanya.

Beliau juga menasihatkan agar setiap pemimpin dan ahli parti sentiasa menjaga berdisiplin untuk menjadi contoh parti politik yang lain.

Beliau juga juga Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan mahu pemimpin dalam STAR bekerjasama dan  semua parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merancang bersama dalam membangunkan kawasan Melalap.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.107305 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list