CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2127|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan negeri dalam langkah tepat atasi masalah air

[Copy link]
Post time 10-3-2024 10:34 AM | Show all posts |Read mode


CEASAR

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri dalam landasan tepat untuk mengatasi masalah bekalan air.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Moyog Datuk Ceasar Mandela Malakun berkata, bekalan air yang mencukupi merupakan sebahagian daripada sumber keperluan asas yang penting dalam memastikan mobilasi kehidupan seharian dapat berlansung dengan baik.

"Kestabilan bekalan air bukan sahaja memberi kesan kepada penggunaan secara domestik, tetapi turut memberi impak ekonomi khususnya kepada pengguna industri.

"Dalam konteks Sabah, isu bekalan air bukanlah isu yang baharu, kebanyakan Loji Rawatan Air (LRA) di seluruh negeri ini juga kebanyakannya sudah pun menghampiri usia dua dekad.

"Usaha bagi menyelesaikan masalah air di Sabah sebelum ini menjadi sedikit lewat bukan sahaja disebabkan oleh sistem saliran air, tetapi turut didorong oleh cabaran urus tadbir yang tidak cekap dan berintegriti," katanya dalam kenyataan di sini, semalam

Beliau yang juga Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Penampang berkata, usaha kerajaan hari ini dalam memastikan sistem pembekalan air terus ditambah baik adalah wajar dipuji.

"Keseriusan pentadbiran kerajaan negeri hari ini pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Shahelmey Yahya dalam menyelesaikan isu air hari ini," katanya.

Katanya, dalam tempoh hampir tiga tahun pentadbiran kerajaan negeri kini, pelbagai gerak kerja telah dilaksanakan untuk mengatasi masalah air untuk jangka pendek dan jangka panjang.

Antaranya,  projek penambahan kapasiti Loji Rawatan Air (LRA) Telibong II daripada 80 juta liter sehari (JLH) ke 160 JLH yang melibatkan saluran paip utama.

"Tangki simpanan bagi menghadapi pertambahan populasi yang tinggi dan pembangunan pesat di keseluruhan kawasan utara serta tengah negeri Sabah.

"Pelaksanaan projek terbabit akan dapat meningkatkan tahap keupayaan bekalan dan kapasiti simpanan air daripada 94.6 juta liter (JL) kepada 163.3 JL," katanya.

Mandela turut menyatakan kekesalan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasi perkembangan terkini projek-projek menaik taraf dan baik pulih sistem saliran air dengan menggunakan isu bekalan air yang terkesan.

“Misalnya, dalam notis yang dikeluarkan Jabatan Air Negeri Sabah bertarikh 6 Mac 2024 berkenaan gangguan air selama 10 di kawasan Kota Kinabalu, notis tersebut telah disalah tafsir.

"Sedangkan keadaan itu berlaku disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan Filter Media No 3 (189 MLD ke 187 MLD) di LRA Moyog yang jika kerja itu tidak dijalankan boleh menyebabkan masalah air kritikal di masa akan datang, bahkan JETAMA telah memberi komitmen untuk menggantikan dua Megaliter air yang terkurang akibat aktiviti tersebut melalui LRA Kesigui," katanya

Beliau menegaskan, kerajaan hari ini perlu diberikan ruang untuk memastikan keperluan asas ini dapat diperbaiki, terlalu banyak kesan ketidakpedulian urustadbir sebelum ini yang menjadi cabaran,.
Tetapi katanya, dengan pelan kerja dan sinergi yang baik antara negeri dan persekutuan pasti memudahkan proses itu.

Mandela turut merakamkan penghargaan kepada peruntukan pinjaman sebanyak RM300 juta tahun lepas, serta empat projek baharu yang telah diluluskan di bawah Rolling Plan Keempat, Rancangan Malaysia (RMK) ke-12 berjumlah RM200 juta bagi penyelesaian jangka pendek isu bekalan air di negeri Sabah. Terbaru, RM100 juta lagi peruntukan tambahan telahpun dipohon.

Katanya, kerajaan negeri hari ini adalah kerajaan paling serius dalam menyelesaikan isu air negeri ini.

"Bermula daripada strategi teknikal penggantian paip-paip utama selepas operasi membanteras kecurian air untuk mengatasi masalah Air Tidak Terhasil (NRW), menaik taraf loji-loji rawatan air (LRA) untuk menampung lebih banyak bekalan air, sehinggalah ke peringkat pelaksanaan pelan integriti dan pelan anti rasuah di Jabatan Air Negeri Sabah untuk mengelakkan isu salah tadbir seperti sebelum ini," katanya.

Beliau turut berharap agar masyarakat memainkan peranan dalam memahami langkah yang perlu diambil Jabatan Air Negeri Sabah sekiranya terpaksa membuat catuan atau berlaku gangguan bekalan untuk memberi laluan kerja-kerja yang perlu dilaksanakan.

Sekali gus katanya, mengingatkan semua langkah ini adalah demi kemapanan sistem bekalan untuk masa hadapan, keperluan untuk meningkatkan tahap operasi dan perkhidmatan bekalan air sangat penting, terutamanya melibatkan kawasan sekitar Kota Kinabalu dengan anggaran penduduk seramai 441,000 orang dan peningkatan liputan bekalan ke kawasan Utara Pantai Barat Selatan seperti Tuaran, Telipok, Menggatal, Inanam dan Likas.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.371247 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list