CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11255|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pilih pelacur menerusi foto

[Copy link]
Post time 9-3-2024 04:10 PM | Show all posts |Read mode

JIM tahan 151 warga asing dan tempatan dalam Ops Khas pusat hiburan dan pelacuran di sekitar kawasan Kuantan, Pahang semalam. Foto ihsan JIM

Kuala Lumpur: Promosi wanita warga asing menggunakan foto melalui aplikasi media sosial dan jika bersetuju akan diuruskan penjaga premis sebelum pelanggan dibawa ke bilik disediakan dengan bayaran antara RM300 ke RM400.

Itu taktik premis hiburan di sekitar Kuantan, Pahang yang terbongkar susulan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu 17 premis hiburan di daerah itu bermula jam 11 malam semalam.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia (Jim), Jafri Embok Taha berkata, wanita warganegara asing yang dipilih akan diuruskan oleh lelaki tempatan yang dipercayai sebagai penjaga premis sebelum pelanggan ke bilik yang disediakan.

Menurutnya, bayaran dikenakan ke atas pelanggan di premis antara RM300 hingga RM400 bergantung kepada pakej ditawarkan.



"Transaksi bayaran yang digunakan bagi urus niaga ini adalah secara dalam talian atau tunai sebelum wanita warganegara asing terbabit diserahkan kepada pelanggan.

"Selain itu, modus operandi yang digunakan di premis pelacuran adalah pelanggan akan hadir sendiri ke premis dan memilih wanita warganegara asing berdasarkan katalog yang diberikan.

"Setelah pelanggan membuat pilihan wanita yang ingin dilanggani, pelanggan akan dibawa ke bilik khas yang disediakan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jafri berkata, bayaran secara tunai kepada penjaga premis semasa pelanggan mula untuk memasuki bilik dengan kadar bayaran yang dikenakan antara RM250 hingga RM350 bagi satu jam.

"JIM menyerbu 17 premis hiburan dalam satu Operasi Khas dijalankan di lokasi sekitar Kuantan, Pahang membabitkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama Jim Negeri Pahang.

"Operasi ini turut disertai oleh Pasukan Taktikal Khas (PASTAK), Jim Negeri Perlis, Jim Negeri Perak dan Jim Negeri Sembilan," katanya.

Beliau berkata, pasukan operasi menahan 103 wanita warganegara Thailand, dua wanita warganegara Laos, 11 wanita warganegara Vietnam, dua wanita warganegara Myanmar, dua wanita warganegara Indonesia, lima lelaki warganegara Myanmar, seorang lelaki warganegara Indonesia, 11 lelaki warganegara Bangladesh dan tiga lelaki warganegara China berusia antara 19 hingga 49 tahun.

"Manakala 11 lelaki warganegara Malaysia yang berperanan sebagai penjaga premis berusia antara 25 hingga 46 tahun turut ditahan dengan jumlah keseluruhan ditahan seramai 151 orang.

"Hasil semakan awal mendapati, 67 wanita warganegara Thailand, dua wanita warganegara Laos, 10 wanita warganegara Vietnam, dua wanita warganegara Myanmar, tiga wanitawarganegara Indonesia dan 10lelaki warganegara Bangladesh yang ditahan memiliki Pas Lawatan Sosial (PLS) dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang masih sahlaku sementara yang lain tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau Pas yang sah untuk berada di negara ini," katanya.

Katanya, pasukan operasi merampas sejumlah kondom, dokumen premis, rekod perniagaan, kunci premis, peralatan seks, pasport, wang tunai sebanyak RM7880, 21 unit telefon bimbit, gel pelincir, gelang tips, tuala dan peralatan kamera litar tertutup (CCTV).

"Terdapat seorang lelaki warganegara asing yang berada di premis itu cuba untuk melarikan diri dengan melompat dari tingkat dua premis dan terjatuh hingga mengakibatkan kecederaan.

"Pegawai operasi bertindak pantas menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk rawatan lanjut.

"Mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kemudiannya dibawa ke JIM Negeri Pahang untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya, 11 lelaki temoatan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 sementara seramai 40 orang diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lacur-menerusi-foto
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.047529 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list