CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6098|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 64 lokasi Bazar Ramadan di KL dijangka jadi tumpuan warga kota

  [Copy link]
Post time 9-3-2024 02:28 PM | Show all posts |Read mode

BAZAR Ramadan Kampung Baru. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Kira-kira 64 lokasi Bazar Ramadan di sekitar ibu kota bakal menjadi tumpuan orang ramai apabila mula dibuka pada 12 Mac ini dengan lokasi paling popular dijangka di Bazar Wangsa Maju, Lembah Pantai, Kampung Baru, Kampung Pandan dan Datuk Keramat.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan kepada Harian Metro berkata, lokasi Bazar Ramadan terbahagi kepada dua kategori iaitu bazar di bawah seliaan DBKL dan bazar di bawah seliaan pihak penganjur.

Katanya, terdapat dua lokasi bazar di bawah seliaan DBKL iaitu Bazar Aidilfitri di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Bazar Ramadan di Tempat Letak Kereta (TLK) Taman Tasik Permaisuri.

"Bazar Ramadan di bawah seliaan pihak penganjur pula membabitkan 62 lokasi yang sudah diluluskan DBKL, manakala bagi Bazar Aidilfitri Lorong TAR, terdapat sebanyak 216 petak penjaja.


"Bagi Bazar Ramadan di TLK Taman Tasik Permaisuri, sebanyak 160 petak penjaja yang akan menjalankan perniagaan sepanjang tempoh bulan Ramadan.

"Jumlah keseluruhan petak yang diluluskan di 62 lokasi Bazar Ramadan seliaan penganjur adalah sebanyak 4,060 petak," katanya kepada Harian Metro.

DBKL berkata, kesemua bazar terbabit dijangka akan beroperasi mulai 12 Mac 2024 bersamaan 1 Ramadan 1445H sehingga 9 April 2024.

Selain itu, waktu operasi bazar pula tertakluk kepada jenis jualan iaitu bagi bazar membabitkan jualan juadah, waktu operasi bermula dari jam 3 petang sehingga 8 malam manakala untuk jenis jualan barangan kering, waktu perniagaan dibenarkan bermula dari jam 10 pagi hingga 12 malam.

"Bagi pemegang lesen yang didapati gagal mematuhi syarat pelesenan yang ditetapkan, pihak DBKL boleh mengambil tindakan kompaun secara serta merta.

"Selain itu, tindakan pemotongan wang cagaran juga boleh dikenakan ke atas pemegang lesen selepas tarikh tamat operasi bazar," katanya.

DBKL juga akan melaksanakan pemantauan secara berkala ke atas operasi bazar di bawah seliaan penganjur dan tindakan kompaun juga boleh diambil ke atas pemegang lesen selain tindakan pemotongan wang cagaran boleh dikenakan ke atas pihak penganjur sekiranya didapati gagal mematuhi syarat penganjuran bazar ditetapkan.

Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, walaupun berdepan dengan kenaikan kos barangan, pihaknya melihat peningkatan peniaga yang memohon berniaga di bazar Ramadan tahun ini.

"Dari segi jumlah peniaga nampak ada pertambahan berbanding tahun lalu sebab berniaga adalah mata pencarian mereka, cuma dari segi kuasa membeli kita tidak dapat pastikan lagi.

"Oleh itu, saya menasihatkan kepada komuniti penjaja dan peniaga sama ada menjual barangan basah atau kering supaya tidak menjualnya pada harga yang tinggi.

"Kita tidak mahu kuasa membeli menurun kerana jika terlalu mahal sukar untuk pelanggan datang lagi. Kami faham kos sara hidup sekarang meningkat tetapi biarlah menjual makanan atau barangan pada harga berpatutan," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, antara kawasan strategi dan sering menjadi tumpuan warga kota membabitkan bazar (menjual juadah) adalah di Kampung Baru, Kampung Pandan, Datuk Keramat, Wangsa Maju, Taman Tasik Permaisuri dan Lembah Pantai iaitu di kawasan perumahan, manakala bazar barangan kering adalah di Masjid India dan Lorong TAR.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tumpuan-warga-kota
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.055442 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list