CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4088|Reply: 0

[Terengganu] Inovasi penggunaan polistirena ukiran sarang blok batik

[Copy link]
Post time 9-3-2024 12:49 PM | Show all posts |Read mode

Zainal menggunakan blok dihasilkan melalui polistirena untuk mencetak kain batik di bengkelnya, semalam. NSTP/Baharom Bakar

KUALA NERUS: Pengusaha batik di negeri ini menemui inovasi terbaru apabila menggunakan polistirena untuk membuat ukiran sarang blok.

Penggunaan polistirena untuk membuat sarang blok lebih mudah bagi mengukir corak batik serta menjimatkan masa serta kewangan, berbanding menggunakan blok tembaga serta besi.

Pengurus syarikat pengeluar batik, Zainal Aziz, berkata blok diperbuat daripada polistirena lebih memudahkan kerja membuat cetakan pelbagai jenis corak pada kain putih.

Katanya, batik dihasilkan menggunakan inovasi terbaru itu juga mendapat sambutan pelancong daripada dalam dan luar negara.



"Kita masih mengekalkan enam corak iaitu bunga raya, bunga kemboja, tanjung, awang larak dan batik retak seribu.

"Kerja-kerja untuk mengukir corak bunga pada polistirena hanya siap dalam tempoh tiga dan lima hari, berbanding antara lapan bulan hingga satu tahun menggunakan besi atau tembaga," katanya ketika ditemui di bengkelnya di Kampung Terbaik, di sini, hari ini.

Zainal berkata, pihaknya hanya membelanjakan RM100 bagi setiap sarang blok menggunakan polistirena, berbanding antara RM600 dan RM700 blok besi dan tembaga.

Katanya, kerja-kerja mencelup cecair lilin untuk proses mencetak pelbagai corak pada kain putih juga lebih mudah jika dibandingkan dengan penggunaan blok besi dan tembaga.

"Inovasi penggunaan blok polistirena mula digunakan kira-kira enam bulan lalu dan sambutan kain batik dihasilkan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

"Proses mencairkan lilin menggunakan blok polistirena selepas kerja mewarna corak batik lebih mudah berbanding penggunaan blok besi dan tembaga," katanya sambil mengakui kualiti batik dihasilkan lebih bermutu.

Seorang pengusaha batik, Sarinah Said mengakui batik dihasilkan menggunakan inovasi baharu mendapat sambutan menggalakkan daripada pelancong daripada dalam dan luar negara.

Katanya, kualiti batik dihasilkan menggunakan blok daripada polistirena lebih baik jika dibandingkan dengan penggunaan blok besi dan tembaga.

"Penggunaan blok polistirena lebih memudahkan kerja menanggalkan lilin ketika proses mewarnakan batik.

"Proses mewarna batik, mencanting dan mencelup lebih cepat dilakukan berbanding penggunaan blok besi dan tembaga," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... n-sarang-blok-batik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.089053 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list