CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13478|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki cuba curi tabung masjid dipenjara dua tahun

[Copy link]
Post time 8-3-2024 11:10 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Padah cuba mencuri tabung masjid di Taman Satria Jaya BDC di sini, seorang pemuda berusia 25 tahun dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Jeremy Gangam Junjet dari Kampung Apar Singai, mengaku bersalah di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Heng Yi Min sebaik didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun.

Seksyen berkenaan membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 5 Mac 2024, sekitar jam 4 pagi di sebuah masjid di Taman Satria Jaya BDC, di sini.

Fakta kes mendedahkan seorang ahli jawatankuasa masjid (pengadu) bersama rakan sedang bertugas mengawal keselamatan di sekitar masjid sebelum mereka ternampak tertuduh memasuki bangunan itu.

Tertuduh seterusnya dilihat cuba mengumpil kunci mangga pada tabung masjid.

Susulan itu, pengadu dengan serta-merta menahan tertuduh dan merampas peralatan yang digunakan oleh tertuduh itu iaitu seunit pemutar skru dan seunit playar.
Pengadu kemudian menyerahkan tertuduh kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Hasil siasatan mendapati perbuatan tertuduh yang cuba mencuri tabung masjid dengan cara mengumpil mangga kunci telah dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Malah, perbuatan tertuduh turut disaksikan oleh pengadu dan seorang saksi mata lain yang juga jemaah di masjid tersebut.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang sementara tertuduh tidak diwakili peguam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.072702 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list