CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13452|Reply: 0

[Sarawak] Polis Sarawak rampas dadah bernilai lebih RM7.6 juta dari Jan hingga 6 Mac

[Copy link]
Post time 8-3-2024 10:59 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Polis Sarawak merekodkan rampasan dadah bernilai lebih RM7.6 juta bagi tempoh Januari hingga 6 Mac di seluruh negeri.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata (gambar) berkata, operasi yang dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak itu turut mencatatkan tangkapan seramai 2,312 orang dengan 154 daripadanya disyaki pengedar dadah.

"Sepanjang tempoh Januari hingga 6 Mac, kita telah melaksanakan 2,312 tangkapan termasuk 154 tokan dadah serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM7,624,751 dan menyita harta disyaki hasil pendapatan pengedaran dadah bernilai RM557,294.

"Justeru Polis Kontinjen Sarawak, khususnya JSJN akan terus berusaha membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Operasi Tapis Khas yang dijalankan selama dua hari bermula 4 Mac lalu di seluruh negeri merekodkan 342 pemeriksaan yang menghasilkan 282 tangkapan terdiri daripada 273 lelaki dan sembilan wanita berusia lingkungan 17 hingga 56 tahun.

Jelasnya, tangkapan membabitkan pelbagai kesalahan berkaitan dadah termasuk 29 daripadanya disyaki pengedar dadah.

"Dalam operasi ini, sebanyak kira-kira 656 gram pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM42,911 dirampas.

"Jumlah dadah yang dirampas ini dipercayai boleh digunakan oleh 2,459 penagih dadah," katanya.

Mancha selain itu turut memberitahu objektif operasi adalah untuk mengesan dan menangkap pengedar dadah, memusnahkan sarang-sarang penagih dadah, mengambil tindakan ke atas penagih dadah tegar dan mengesan serta menangkap orang yang dikhendaki polis.

"Operasi juga bertujuan mengambil tindakan pencegahan ke atas pengedar dadah yang telah dikenal pasti," tegasnya.

Polis berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan dadah yang berlaku di sekeliling mereka.

"Maklumat boleh disalurkan melalui hotline JSJN di talian 012-2087222," ujar Mancha.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.834608 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list