CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13483|Reply: 0

[Sarawak] Dua remaja lelaki maut dalam kemalangan motosikal

[Copy link]
Post time 8-3-2024 10:57 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa selepas kemalangan tersebut.

KUCHING: Dua remaja lelaki meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Jalan Sungai Tapang berhampiran Markas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa dikenali sebagai Ramos Lampard Lanyau, 14, dan Alvin Manuel Atai, 13, masing-masing dari Kampung Sungai Tapang, Jalan Lapangan Terbang, di sini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa semasa kejadian menunggang sebuah motosikal dan dikatakan bergerak dari arah Kampung Sungai Tapang menuju ke pusat bandar raya sekitar jam 5 pagi.

"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggangi mangsa (Ramos) dan dibonceng Alvin telah hilang kawalan semasa menuruni bukit lalu menyebabkan mereka terbabas dan melanggar tiang telefon di bahu jalan raya tersebut.

"Kedua-dua mangsa tercampak di bahu kiri jalan raya dan hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan telah mengesahkan mereka telah meninggal dunia," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, keadaan cuaca semasa kejadan adalah hujan, jalan raya basah dan kawasan kejadian berselekoh semasa menuruni bukit.

Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak(HUS) untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan lajut masih djalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.075180 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list