CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13979|Reply: 0

[Sarawak] Persatuan Ketua Kaum Masyarakat Cina Sibu anjur AGM 11 Mac ini

[Copy link]
Post time 8-3-2024 10:47 PM | Show all posts |Read mode


Lau (empat kiri) bersama ahli-ahli Persatuan KKKM Sibu ketika ditemui pemberita pada Khamis.

SIBU: Persatuan Ketua Kaum Masyarakat Cina Sibu akan menganjurkan mesyuarat agung tahunan (AGM) dan sambutan Tahun Baharu Cina pada 11 Mac ini.

Pengerusinya Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming berkata mesyuarat akan diadakan di Hotel Tanahmas pada jam 5 petang.

"Ahli-ahli persatuan dijemput hadir pada mesyuarat agung tahunan diikuti majlis makan malam sambutan Tahun Baharu Cina," jelasnya.

Ketika ditemui pemberita pada Khamis Lau memberitahu, Residen Bahagian Sibu Datu Wong Hee Sieng dijemput sebagai tetamu kehormat.

Majlis makan malam Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan KKKM Cina yang sepatutnya diadakan pada 21 Februari lepas, ditangguhkan bagi menghormati pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.066471 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list