CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13768|Reply: 0

[Sarawak] Limbang, Lawas berpotensi sebagai satu lagi pusat hab halal di Sarawak

[Copy link]
Post time 8-3-2024 10:43 PM | Show all posts |Read mode


Awang Tengah (tengah), Misnu dan tetamu lain bergambar bersama penerima sijil halal di daerah Lawas hari ini.

LAWAS: Daerah Limbang dan Lawas berpotensi untuk dijadikan satu lagi pusat hab halal di Sarawak selepas Tanjung Manis.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Awang Tengah Ali Hasan berkata, daerah Lawas dan Limbang mempunyai banyak produk hasil tempatan sejajar usaha kerajaan untuk membangunkan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pertanian, penternakan, perdagangan dan perniagaan.

Katanya, industri halal boleh diwujudkan di bahagian utara negeri ini susulan potensi daerah Limbang dan Lawas yang dibangunkan sebagai pusat penghasilan produk makanan.

"Kita mempunyai banyak produk dan harus dipatuhi dengan keperluan halal termasuk pensijilan daripada pihak berkuasa yang ada, seperti di Malaysia yang mempunyai pengiktirafan peringkat antarabangsa.

"Halal ini bukan saja dituntut oleh ajaran agama kita tetapi juga menekankan kepada kepatuhan kepada kebersihan dan menjamin dari segi keselamatan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Zon Halal Anjung Sari dan Medan Selera SEDC Daerah Lawas di Medan Selera Anjung Sari di sini, hari ini.

Turut hadir ialah isteri Awang Tengah Datuk Dayang Morliah Awang Daud, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Sarawak Datuk Misnu Taha dan Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok.

Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak berkata, Limbang dan Lawas akan dijadikan sebagai pusat pengeluaran utama kerbau, taman pertanian di beberapa kawasan, membangunkan kawasan jelapang padi di kawasan tanah tinggi dan rendah di bahagian ini.

Tambahnya, penduduk setempat perlu memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan kerajan untuk mengembangkan produk tempatan.

Mereka juga tegasnya lagi, perlu memanfaatkan aplikasi teknologi digital untuk meluaskan pasaran,meningkatkan kemahiran pemasaran dan pembungkusan hasil produk yang dikeluarkan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.058388 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list