CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13775|Reply: 0

[Sarawak] Pelabur Australia digalak melabur di Sarawak

[Copy link]
Post time 8-3-2024 10:42 PM | Show all posts |Read mode


Anwar (dua kanan) semasa forum Sidang Kemuncak ASEAN Australia di Melbourne bersama Chan (kanan), Nathaniel (dua kiri) dan Chuo (kiri).

KUCHING: Pelabur-pelabur Australia digalak melabur di Sarawak yang bakal menjadi Hab Tenaga Diperbaharui utama di ASEAN, demikian kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian pada forum pelaburan ASEAN sempena Sidang Kemuncak Khas ASEAN Australia Ke-50 di Melbourne pada Khamis.

Menurut Anwar, malah terdapat satu acara ASEAN akan diadakan di Kuching pada tahun depan.

“Sarawak amat mendahului ASEAN dalam ekonomi hijau termasuk hidrogen dan tenaga diperbaharui.

“Ia sedang dalam proses membekalkan tenaga boleh diperbaharui hijau ke Singapura dan Semenanjung Malaysia melalui kabel dasar laut.

“Sarawak sedang membina empangan hidro di Kalimantan untuk membekalkan tenaga hijau kepada Nusantara, ibu kota hijau baharu Indonesia,” katanya.

Beliau mendedahkan perkara berkenaan sebagai menjawab soalan daripada Presiden Sarawak Australia Business Chamber (SABC) Rodger Chin semasa sesi dialog sidang kemuncak terbabit.

Rodger berkata, memandangkan Malaysia adalah negara tuan rumah ASEAN tahun depan, ia adalah peluang yang baik untuk meningkatkan kesedaran mengenai Sarawak dalam kalangan negara-negara ASEAN dan Australia dengan mengadakan satu atau dua acara ASEAN di Sarawak.

Katanya, tahun depan juga menandakan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik antara Australia dan Malaysia.

Rodger berkongsi dengan perwakilan sidang kemuncak bahawa Sarawak antara yang paling kaya dengan kepelbagaian di dunia dan antara hutan hujan tertua berusia lebih 140 juta tahun yang menawarkan udara segar dan tenaga hijau.

SABC juga merupakan rakan kongsi utama Komuniti Ekonomi Borneo (BEC) yang baru ditubuhkan yang dimulakan oleh Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN dan BEC terdiri daripada dewan kerajaan dan perniagaan Kalimantan, Sarawak, Brunei, Sabah dan Labuan.

Anwar turut menjemput perwakilan melawat Sarawak semasa acara ASEAN tahun depan termasuk warisan dunia Taman Negara Mulu.

Turut hadir pada forum sidang kemuncak itu ialah Presiden Australia Malaysia Business Council (AMBC) Victoria Nathaniel Kitingan dan Naib Presiden Sarawak Australia Business Chamber (SABC) Henry Chuo.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.076074 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list