CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12247|Reply: 0

[Sarawak] Benteng penahan hakisan di Batu Lintang, Undop siap

[Copy link]
Post time 8-3-2024 10:39 PM | Show all posts |Read mode


Harden menyampaikan geran kepada Tuai Rumah Maureen (tengah), Balean (dua kiri) serta yang lain semasa program berkenaan.

SRI AMAN: Projek pembinaan benteng penahan hakisan di Batu Lintang, Undop dekat sini telah siap dibina sepenuhnya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Francis Harden Hollis berkata, projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang itu bernilai RM150,000.

Selesai merasmikan benteng tersebut, Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkesempatan hadir ke majlis penutupan program Pembangunan Komuniti anjuran Majlis Daerah Sri Aman (MDSA).

Pada program tersebut, tiga agensi iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Kesihatan Sri Aman dan MDSA menyampaikan ceramah kepada penduduk di rumah panjang mengenai penjagaan kesihatan, penipuan dalam talian dan pelesenan kedai kampung.

Beliau turut menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM3,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Maureen Michael John untuk penganjuran aktiviti.

Hadir sama, wakil Pegawai Daerah Sri Aman Sandin Ajah, Penolong Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Ahmad Shahril Suhaili, Timbalan Pengerusi MDSA Balean Suji Inggol, Penghulu Mingging Sigan, Penghulu Andar Suntai, Penghulu Leonard Libau Anol dan Penghulu Empaga Bailey.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.078189 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list