CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7568|Reply: 0

[Sarawak] MPS luluskan enam tapak bazar Ramadan di sekitar bandar Sibu

[Copy link]
Post time 8-3-2024 10:32 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Enam tapak bazar Ramadan telah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Sibu (MPS) di sekitar pusat bandar ini, kata timbalan pengerusinya Kaunselor Mohammed Abdullah Izkandar Roseley.

Lokasinya adalah di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa II, ruang letak kenderaan hadapan Pasaraya Farley, Menara Pelita Wisma Sanyan, ruang letak kenderaan pasar FAMA-Permai, kawasan komersial Taman Satria dan ruang letak kenderaan di pejabat Residen dan Daerah Sibu.

Izkandar menekankan kepentingan peniaga mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi sepanjang operasi mereka.

“Sudah tentu kebersihan dan pengendalian makanan serta suntikan tifoid seperti yang dikehendaki oleh KKM (Kementerian Kesihatan) perlu dipatuhi," tegasnya.

Selain itu, beliau berkata pihak penganjur bertanggungjawab menjaga kebersihan bazar masing-masing.

Semasa sesi taklimat bersama peniaga bazar Ramadan di sini baru-baru ini, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapa'ee memberi amaran bahawa penguatkuasaan lebih ketat akan diambil terhadap mana-mana pengusaha gerai bazar Ramadan yang mengabaikan isu kebersihan dan ini termasuk penggantungan perniagaan selama dua minggu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu mengatakan bazar Ramadan di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa II yang akan bermula pada 11 Mac dianjurkan Pusat Khidmat Nangka serta diuruskan oleh Persatuan Peniaga-Peniaga Bergerai Sibu dan Persatuan Usahawan Bersatu Sibu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.506265 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list